Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA JUARA-JUARA: AS ROMA LAWAN LIVERPOOL (AGREGAT 2-5)

Lagi nak abis musim bukan lagi tenang keadaan, tetapi kian banyak ragam berlaku depan atau belakang tabir. Mungkin paling tak boleh hadam ialah cerita bagai mana Buvac, pembantu setia Klopp ada masalah dan tak dapat bersama-sama untuk persedian pasukan hingga hujung musim. Kelab telah buat pengishtiharan yang Buvac masih makan gaji dengan Liverpool. Tetapi dia dibenarkan ponteng sehingga hujung musim.

Macam kisah dari pelbagai sumber. Paling hangat dari media Jerman, mereka tulis Klopp dan Buvac banyak kali bergaduh lepas tu baik, bergaduh lagi lepas tu baik balik. Camtulah keadaan selama 17 tahun bersama. Mungkin kali ini keadaan paling getir bila kedua-duanya tak dapat berlaga angin dah. Ada sumber lain cakap Buvac dah kena pancing dengan Guardiola untuk ganti Arteta sebagai pembantu di Man City.

Dan mcam-macam lagi macam cerita Buvac rindu kampung halaman, teringat lembu kambing dan sawah bendang. Ahli keluarga sakit bagai. Entah la, tetapi yang pasti pemergian Buvac memang tak kena masa. Tengaah dok sibuk dengan persiapan dengan AS Roma tetiba berlaku perkara yang mengejutkan ini. Malah ada yang anggap Klopp telah kehilangan separuh dari jiwa bolasepak beliau kerna, Buvac yang dipanggil Encik Otak , (The Brain), adalah tulang belakang kepada kejayaan Klopp, dulu kini dan selamanya.

Karius
Trent Lovren Van Dijk Robertson
Milner Hendo Gandum
Salah Firimno Mane

Krisis dalam pasukan pula ialah ramai pemain cuti sakit dan beberapa pemain yang tinggal pun cedera sikit-sikit. Bukan nak risau apa, mungkin salah satu sebab Buvac belah ialah dia bagitahu Klopp yang pasukan perlu pemain dengan kualiti dan kuantiti yang cukup hingga habis musim. Sebab apa pernah terjadi musim 2015-16, pasukan kita alami krisi kecederaan sebab Klopp tak beli pemain pada perpindahan Januari yang akhirnya menyebabkan bukan takat melepas Piala Liga, tetapi Piala Europa dan dok tangga ke-8 Liga Perdana.

Musim lepas pun perkara yang sama berlaku, dari posisi pencabar Liga dengan Chelsea. Terus merudum cukup-cukup makan layak juga kat Liga Juara-Juara. Kalau yang inilah berlaku kerana Klopp abam rasa, Buvac dah nasihatkan Klopp tak dengar,  mungkin perbezaan pendapat ini mengeruhkan keadaan. Bab ini abam pun sedikit kecewa sebab Klopp macam tak serik dengan pengalaman lampau.

Berbekalkan pemain yang sedia ada, harap pasukan kita boleh hadap pasukan Roma yang begitu yakin nak buat kambek. Mereka mesti tengah gembira dan ketawa berdekah-dekah dengan situasi pasukan kita. Biarkan mereka. Abam tak anggap 5-2 masih selamat, namun tak juga risau pasukan kita akan terbawa-bawa isu luar padang dibwa ke Rome nanti. Cuma sedikit risau dengan pemain simpanan macam Moreno, Ings dan Gomez yang memang nampak gaya bukan layak jadi pesaingan pemain utama.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA JUARA-JUARA: AS ROMA LAWAN LIVERPOOL (AGREGAT 2-5)

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×