Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MAT SALAH PEMAIN TERBAIK LIGA PERDANA INGGERIS 2017/18


Jangankan nak menjangka Salah bakal jadi Pemain Terbaik Liga musim ni, semua orang pada awal musim banyak bersangka buruk keatas pemain Mesir ni. Dek kerana Salah pernah direjek Chelsea, maka semua nampak pembelian 35juta Pound dari AS Roma satu perjudian besar. Bila berjudi ada risiko dapat pulangan atau bungkus teruk. Namun ditakdirkan Salah masuk kedalam pasukan yang begitu cocok dengan corak beliau.

Ingat lagi pasal mula-mula Salah datang bukan sebagai pilihan pertama  tetapi pilihan ke-4. Klopp lebih mahu pemain dari Bundesliga yakni mengikuyt turutan , Christian Pulisic, Julian Draxler dan Julian Brandt. Tetapi semua pemain samada sendiri rejek atau kelab cuba nak pow dengan harga mahal. Macam kes Pulisic dan draxler diorang sendiri jual mahal, tetapi Brandt boleh nego cuma dalam keadaan Leverkusen main kat Liga Juara-Juara, harga nak sama dengan Salah.

Pilihan terakhir yang hampir dapat ialah Brandt, namun dek kerana Ketua Pemantau Michael Edward, terhegeh-hegeh nak Salah berbanding pemain muda Jermain itu, Klopp beralah. Tapi korang jangan ingat AS Roma nak jual murah. Dorang jenis kaki paw hangit. Harga 35juta ritu harga terpaksa rela sebab UEFA suruh kontrol kewangan mereka yang tak belen. Kat sini ada permainan juga dari kem Liverpool diorang bida dekat-dekat nak sampai tarikh Roma kena selesai kewangan.

Korang ingat Salah datang-datang terus boleh adaptasi dengan corak Liverpool. Dia memang sejak dari Basel lagi pemain sayap tulen. Datang ke Chelsea kena main macam sekarang main penyerang kiri. Memang kelautlah sebab Mourinho dia jenis bukan reti sangat nak latih pemain pasal posisi. Pinjam kat Fiorentina barulah jurlatih kat sana bagi Salah main penyerang kiri atau kanan dengan efektif. Kat Roma pun sama, cuma kematangan Salah dah sampai tahap terbaik.

Awal musim Salah mungkin masih tak berapa ngam lagi dengan rakan-rakan. Dia masih cuba main cara pemain sayap, bukan penyerang. Kat sinilah Klopp berjaya bentuk Salah bagaimana nak main sebagai penyerang dari sayap. Dan taknak tulis panjang, dia dah berjaya ajdi penjring terbanyak Liga dan menyamai rekod Shearer, CR7 dan Suarez Gigi. Aspek utama selain bakat dan kepintaran, pemain macam Firimno dan Mane adalah pemankin kehebatan beliau. Diorang bayak membantu Salah untuk mencapai tahap sekarang.

Dengan dinobatkan Pemain Terbaik Liga Perdana musim ni, mengatasi Kevin De Bruyne, kita harap Salah boleh pergi lebih jauh. Maksud abam bukan pergi jauh ke La Liga, tetapi mengangkat Liverpool untuk menang piala dan kejuaraan. Jadi kelab kena dapatkan pemain bagus musim depan kalau nak pemain utama kekal. Kalau dok buat perangai kemut duit dari beli pemain bagus, bukan takat Salah, Klopp pun boleh cunggit pergi tempat lain.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

MAT SALAH PEMAIN TERBAIK LIGA PERDANA INGGERIS 2017/18

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×