Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: WEST BROM LAWAN LIVERPOOL

Tags: sebab main mereka
Tahniah terlebih dahulu kepada WBA Sebab tolong kurangkan jarak mata kita dengan Syaitan Merah. WBA baru dapat ajar Syaitan bahwa siapa lebih hebat main susun bas. Apa yang memalukan Menyu hanya mampu berharap penalti yang tak kesampaian. Jelas penalti,memang nasib malang buat Menyu. Tetapi itulah hakikat bahwa selamanya pengadil takkan dok nak ikut telunjuk mereka dah. Sebab sebelum ni kalau pemain mereka jatuh terpijak rumput pun silap2 bleh dapat penalti kot.

WBA memang pasukan teruk bagi pasukan lain, tetapi tidak bagi Liverpool musim ni. Dalam liga kita hanya sekadar seri 1-1 kat Anfield. Lagi pedih kita keluar awal dalam saingan Piala FA, akibat bungkus 3-2 dengan mereka. Alan Pardew dah kena pecat dan diganti Darren Moores, pengurus berkulit hitam. Di bawah Moores haritu mereka tibai Menyu. Jadi lain padang lain belalang. Moores yang abam ingat pertahanan kental. Jadi boleh agak dia mesti perbaiki pertahanan WBA yang kokak.

Karius 
Clyne Van Dijk Klavan  Moreno
Ox Hendo Gini
Salah Firimno Mane

Liverpool perlu juga berhhati-hati dengan WBA yang serba baru ni. Taknak pandang remeh dengan mereka, sebab pengalaman mendewasakan kita dengan pasukan pembadi camni. Harap Lovren sempat pulih sebab dia dah semakin main bagus. Tetapi kalau tak berjaya, Klavan pun bukan takleh harap. Opsyen pertahanan tengah agak tipis, dengan Matip masih berehat dan Gomez juga baru nak berlatih ringan. Bek kiri dan kanan simpanan pula terbaik bila Clyne dan Moreno boleh dipanggil jika diperlukan.

Bahagian tengah juga dalam keadaan berjaga-jaga sebab Emre dan Lallana mungkin tak main sampai hujung musim. Jadi sekadar dok ejas, muka2 yang sama 4 orang tu saja setakat ni. Abam bukan nak memandai tetapi jika ada masalah korang jangan tak tahu Trent Arnold boleh main kat tengah sebab dia memang pun pemain tengah kat akademi sbelum Klopp ubah Trent ke posisi baru bek kanan. Jika terdesak TAA main tengah, Clyne ambil balik posisi bek kanan. Takda masalah. Lagipun hantaran TAA ramai yang belum tengok camna bila dia main kat tengah.

Kreativiti sangat perlu jika lawan pasukan susun bas macam WBA. Itu aspek utama nak lepasi permainan jumud lawan taknak kasi kita pegang bola. Setakat sekarang abam tengok Ox satu-satunya pemain yang boleh buat kita lupakan apanama budak Brazil yang pergi melingkup kat Barcelona. Kebolehan Ox tak sama dengan mamat tu, tetapi abam tengok dia lagi cocok dengan taktikal sebab dia lebih pantas dan jenis suka mempercepatkan permainan bila ada peluang nak menyerang.

Macam Klopp cakap Ox cukup bahagia kat Anfield, dan kita juga bahagia tengok Ox berjaya tutup mulut pengkritik. Iyalah dulu ada rakan peminat Arsenal perli dan menganjing pasal Ox yang mereka syok sangat sebab jual kain buruk kat kita dengan harga mahal. Sekarang bila buka topik Ox baru padan muka mereka. Jadi abam rasa Ox akan sekali lagi jadi kunci untuk membuka ruang serangan dengan WBA nanti. Hendo dan Gini akan jadi penyendal kat tengah untuk permudahkan kerja Ox dan barisan serangan.

Liverpool mungkin perlu sekadar seri sebab Chelsea pun tak nampak gaya nak menang semua perlawanan. Sebab penentuan sebenar posisi ke-4, bakal berlaku selepas perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara denga AS Roma. Cuma kena pastikan pemain sedia ada main santai-santai dengan WBA dan elak cedera untuk perlawanan dengan AS Roma. Cuma satu abam harap ialah Mat Salah akan bubuh gol sebiji dua untuk tinggalkan Kane jauh untuk Anugerah Kasut Emas dan juga tapau De Bruyne sebagai Pemain Terbaik EPL.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: WEST BROM LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×