Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: HUDDERSFIELD LAWAN LIVERPOOL


Baru seminggu lepas leburkan rekod tanpa kalah peneraju liga, Man City, Liverpool dah hilang punca. Memang menang adalah menang, tetapi kita semua lupa bagaimana kobolosan mudah dengan City 3 gol adalah tanda-tanda pasukan kita masih cap ayam lagi. Kena plak dengan Swansea, mungkin nasib tak ong. Tapi bila kena dengan WBA dalam Piala FA, baru ramai tahu pembelian Van Dijk bukan penyelesaian masalah. Jadi ramai tanya apa tak kena lagi, adakah Sebab sumpahan Coutinho atau sebab-sebab lain.

Mungkin ianya tiada jawapan sebab semuanya ada dibahu Klopp. Naik turun jatuh bangun pasukan dia bertanggungjawab. Abam sekadar boleh beri pendapat walaupun ada orang tak suka dengar yang buruk dan nak yang sedap-sedap sahaja. Secara jujur, masalah utama ialah dibahagian tengah. Kita tiada pemain tengah yang mampu kawal keadaan sejak ketiadaan Abang  Long Gerrard. Kes Emre dengan taknak sambung kontrak satu hal. Dia sejak dua menjak main begitu palat sekali, tambahan plak dapat jadi ketua pasukan. Dia rasa dia main bagus, padahal Mungkin otak dah berada kat Turin.

Klopp punya taktik kalau pemain nak blah, dan dan nak bagi jadi kapten. Haritu Coutinho konon-konon nak pujuk suruh kekal. Kali ni Emre plak. Abam rasa dari bagi peluang kepada Emre yang dah tadak hati nak kekal, lebih baik beri peluang kepada Grujic dari pinjam keluar kepada Cardiff. Sikap profesional Emre sebab dia masih dibayar Liverpool, tetapi bila main sambil lewa dia kena sedar diri Klopp simpan dia sebab tadak pilihan kot.  Itupun sebab Naby Keita tak boleh datang awal kelab RB Leipzeid tak kasi.

Kembalinya Kapten sebenar Hendo masa lawan WBA bagi abam rasa lega. Mamat ni bukan tak bagus, tetapi bila dia main teruk, itu maknanya dia nak cedera. Selain dia rasanya takda dalam pasuakan boleh main bahagian tengah bertahan dengan baik. Namun begitu bukan kepakaran Hendo kat situ, dia kategori bidan terjun sahaja. Kekuatan dia sama macam Emre, main dari kotak ke kotak. Sebab itu abam harap sangat Klopp beli tengah bertahan versi sekolah lama, bukan pemain yang diujikaji sedemikina rupa.

Ward
Trent Lovren Van dijk Robertson
Ox Hendo Milner
Salah Firmino Mane

Lawan Huddersfield abam rasa peluang Klopp nak pulih keadaan. Dia kena pastikan pasukan yang dulu tak reti nak menang dengan kita, takkan berani nak tiru macam Swansea adan WBA. Wagner buat masa sekarang pun ada masalah juga sebab deretan kekalahan mereka lalui. Abam harap Klopp rombak sedikit pasukan nak simpan balik Moreno sebab dia masih belum pulih dari segi fizikal dan mental. Mignolet juga boleh simpan, dan kalau boleh letak Ward pula diposisi penjaga gawang. Kurang-kurangnya kita boleh tengok antara mereka bertiga, saipa lebih layak untuk jadi goli semntara rombakan musim depan membabitkan kemasukan goli utama baru.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: HUDDERSFIELD LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×