Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : WEST HAM 1-4 LIVERPOOL


Banyak kejutan sebelum permainan. Mane sihat terus masuk kesebelasan. Ox trus tkekal dapat kepercayaan Klopp untuk terus menerus main sejurus UCL , manakala Wijnaldum yang sakit terpaksa main kerana Kapten Hendo cedera dan Milner tak pasti kenapa tak turun hinggakan Mignolet jadi Kapten. Ini nampak macam ujikaji dan radas macam WHU memang sesuai Sebab Klopp dah pantau yang lawan walaupun main di laman sendiri ada kelompongan dibahagian serangan yang kronik.

Formasi atas kertas nampak 433, namun lebih mencorak 424 ketika menyerang dan tanpa bola macam 442 dan 343 masa bertahan. Kebolehlenturan formasi di sebabkan Klopp letak pemain yang punyai kelincahan bukan statik, Mungkin itulah Ox dapat pilihan, bukan sebab nama dia Kerbau tetapi fizikal dan kelincahan serta kaki kiri kanan hidup,perlu nak bantu serbu kubu lawan. Tapi tak perlu nak main teruk-teruk sebab lawan memang tak boleh belah disemua posisi.

West Ham macm nak kantoikan Liverpool dengan gol awal bila Chicarito setap bola cantik untuk Ayew, namun sib baik Migno keluar tutup ruang dan percubaan Ayew tersasar.  Liverpool berjaya menyerap serangan WHU hasil dari sepakan sudut, Matip mengeluarkan bola, Salah dan Mane merempit sesama sendiri hanya seorang bek WHU bertahan, Mane dengan rasa tawadduk memberikan peluang untuk Salah bakal jadi penjaring terbanyak dan Salah tak persiakan dengan gol pembukaan.

Liverpool dengan rakus menggandakan gol. Salah mengambil sepakan sudut dan mencari bahagian tengah tetapi bola separas pinggang dikantoikan oleh pemain WHU sendiri dan berjaya ditolak keluar Hart. Namun bola kantoi dan Matip segera menyerbu untuk menghasilkan gol peribadi dan ke-2 Liverpool. Liverpool punyai peluang banyak untuk membuli lawan, namun pemain WHU cepat bertindak untuk menghalang serangan kita. Separuh pertama tamat dengan 2-0.

Separuh kedua, belum ada tanda-tanda pertukaran walaupun pemain macam Mane dan Wijnaldum baru pulih. WHU berjaya mengurangkan desifit gol. Gerakan bola tinggi mereka sudah dijangka, tetapi yang masalah ialah pertahanan kita masih tak berapa padu. Gomez telah cuba mengekang Lanzini, namun kelincahan pemain Argentina itu memberikan sedikit harapan kepada WHU untuk dapatkan gol lagi, mungkin untuk cari penyamaan bagi mereka.

Sekali lagi harapan WHU untuk bangkit telah dipadamkan oleh serangan Liverpool yang memang zalim bila serang balas. Firmino menjadi pembekalkan kepada Ox dan dengan percubaan pertama diselamatkan Hart. Bola kantoi dan kembali terbias kepada Ox dan tanpa berlengah beliau meluru dan meledakkan gol ke-3 Liverpool dan rasanya membunuh keyakinan WHU untuk terus bangkit melawan.

Penutup perlawan yang berat sebelah memang menyedihakn buat warga peminat WHU sebab mereka tak sangka Liverpool masih bernafsu tambah gol. Gerakan kilat serangan trio- Salah-Firimno-Mane dah cukup kejam sebab WHU turun bertahan dengan ramai pemain sekadar nak halang 3 penyerang kita. Gerakan Mane melepaskan bola lambung kepada Salah nampak macam tak bahaya, tetapi sepakan Salah memang padu untuk beliau menewaskan Hart dan menjadikan Liverpool membenam WHU 1-4.

Kunci kejayaan Liverpool mungkin nampak kearah taktikal Klopp. Abam tengok pemain nampak tak terlalu rakus nak menyerang terutamanya bek tepi. Bila lawan main 3 bek, maknanya mereka akan main kat sayap jadi 4 bek rata dah cukup untuk hadapi serangan lawan dan biarkan serangan bertiga dah cukup nak hancurkan lawan. Sebab itu bila kelajuan Mane dan Salah digunakan dengan cermat, tergapai-gapai pertahanan lawan nak basmi mereka.

Tengah dok menang berterusan, perlawanan terpaksa rehat untuk perlawanan antarabangsa. Kita selalu cuak sebab selalu dah kena bila lepas balik dari perlawanan camni mesti ada yang cedera, keletihan mental dan fizikal. Mane kita paling takut sebab dia masih belum cergas, namun Senegal nak perah tenaga beliau untuk 2 perlawanan penting. Nasib baik Salah tak terbabit sebab Negara Firaun dah layak ke Piala Donia.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : WEST HAM 1-4 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×