Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN TOTTENHAM

Berkrik-krik juga blog ni minggu lepas. Draf cerita seri dengan Setan Menyu dah buat tapi tak tertulis Sebab cuti sekolah. Kena beli masa dengan anak-anak, jadi abam terpaksa skip sampai perlawanan Maribor. Korang yang tertunggu-tunggu ulasan sebelum ni, sampai dah siap komen lagi abam minta maaf. Abam rasa buat masa depan nanti kena lantik lagi pembantu editor blog ni, sebab Abang Awang Trasher pun pergi makan angin juga. Kalau ada yang sudi boleh letak email untuk  lantikan segera.

Kesimpulan dalam kedua-dua perlawanan sangat mudah. Satu pasukan penakut kerana cerdik. Dan satu lagi berani tetapi bendul. Kalau ikut reputasi dulu kala, Menyu patut main menyerang macam Maribor dan Maribor perlu main pondan macam Menyu. Sebab itulah peminat Menyu jijik dengan corak permainan mereka walaupun dapat 1 mata, tetapi peminat Maribor tetap salut pasukan sebab berani mencuba untuk beri hiburan kepada penyokong terutamanya pelawat yang datang jauh ke Slovenia.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Moreno
Milner Hendo Emre
Salah Firmino Coutinho

Klopp telah melakukan satu pertukaran yang berjaya merubah keseluruhan sistem. Milner bukan biasa-biasa permainan beliau. Dia tak punyai kepantasan dan fizikal sebab melepasi 30an dah usia. Apa yang si bosan Milner ni buat atas padang ialah kreativiti untuk melakukan hantaran yang menjebak kubu lawan. Bukan nak banding dengan Kapten Hendo , corak hantaran kapten kita itu terlalu nak main selamat. Kepelbagain corak hantaran Milner memang ngam sebab dia ambil risiko sebab konfiden dan sememangnya hantaran Milner banyak hasilkan gerakan serangan bahaya.

Membelasah pasukan Maribor bukan petanda pasukan kita dah boleh bongkak. Ianya sekadar menaikkan moral pasukan. Bila moral dah ditahap terbaik, maka taklah huru-hara permainan macam sebelum2 ni. Spurs abam boleh cakap berada atas sikit dari kita dalam segenap aspek. Dari goli sampai penyerang mereka punyai kualiti disetiap posisi. Corak mereka lebih dinamik, sebab nak menyerang sangat pun tidak bertahan macam Menyu pondan lagilah tak. Sebab itu kita nampak masa lawan Real Madrid, bekas juara Eropah pun nak makan Spurs pun sikit nak mampus.

Kelemahan Spurs adalah Wembley. Padang keramat England itu terlalu besar dan bagi pasukan yang tak main dengan corak ortodok 4-4-2 jangan harap boleh nak gunakan kelebihan itu. Sebab itu Klopp nampak peluang nak kitai Spurs dengan taktik sekarang lebih mudah sebab kepantasan Salah dan kretiviti Coutinho memang boleh beri kelebihan. Kelebihan itu kalau kena gaya boleh jadi peluang, tetapi jika terlebih konfiden pun bahya sebab Spurs jarang nak bolos bola mudah, sebab mereka lebih kompak kat bawah.

Bagi kes Firmino, dia terlalu berkorban untuk pasukan hinggakan jika tiada beliau sistem gegenpressing macam tiada. Carragher cakap Mino, adalah pemain 50-50, separuh menyerang dan separuh bertahan. Letak Sturridge 90 minit kat atas memang tak termain gaya Firimno. Rutin dok kat atas, tunggu kawan-kawan jolok bola dah takda dalam kamus Klopp sejak dia letak Mino kat situ. Jadi jika Firmino takda nanti, rasanya Solanke yang nampak boleh latih main camtu.

Kalau tak cerita pasal pertahanan tak sah kan. Sekarang mod gembira korang abam taknak kasi potong stim. Namun keadaan Kane yang seganas Kane WWE, cukup bakal menguji Matip dan Lovren yang baru nak berasa dua perlawanan tanpa bolos. Kane bukan bangkai macam Lukaku yang tak mampu berdikari bila kawan-kawan dok susun bas kat bawah. Jadi nak membangkaikan Kane, harap pertahanan kita kena main rileks, sebab Kane jenis suka ambil kesempatan jika bek gelabah biawak.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN TOTTENHAM

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×