Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : NEWCASTLE 1-1 LIVERPOOL


Klopp sudah pening sekarang. Dia sendiri kecewa atas situasi Pasukan. Perancangan beliau dengan pasukan sedia ada nampak kelaut. Mainkan pemain ini tak menjadi tukar orang lain pun sama juga. Alasan cakap pada wartawan ialah pasukan kami tak bertuah. Kalau nak tunggu nak bertuah dengan barisan pemain yang agak teruk kirim salam pantai timur lah Klopp oi. Berseri-seri sepanjang masa dengan pasukan kuat tak mengapa tetapi bila badi dengan pasukan lemah itu yang buatkan Liverpool takkan mimpi nak kejar kejuaraan jika tak buat sesuatu.

Abam tengok selain dari barisan pertahanan yang dah jadi bahan ketawa pasukan lawan, bahagian tengah jadi faktor penyumbang kebocoran. Takda pemain tengah yang melindungi barisan pertahanan. Mungkin Klopp yang nak sebegitu sebab sekor pun tadak kecekapan nak tekel bersih untuk tolong bek bila kena serang. Ok diskaun Coutinho sebab dia lembik dan lebih peranan menyerang dari bertahan. Tinggal sekarang Kapten Hendo dan Gini Mat Gandum. Hendo ada juga acah2 rampas bola , tetapi Gini tak fungsi nak main agresif mungkin sebab bodi ushi saja.

Kalau tadak Coutinho mungkin balik telur ayam. Itu ayat penyata yang ada asas. Cuma yang lebih nyata ada takda Coutinho penyerang kita tak berkomunikasi atas padang. Salah banyak ketika buat pilihan khilaf ketika menyerang. Samada dia terlalu nak buat seorang diri dan tak percaya Sturridge itu boleh jadi. Mane plak sejak balik kena gantung sedikit karat dan tak mampu nak jadi hero. Sebab selalu dia tapi musim ni Salah ambil alih kot. Sturridge telah buktikan dia takkan kembali jadi sang pemusnah bahaya.

Dulu orang cakap ada Suarez semua pemain jadi tere dan cerdik ramai yang bankang. Sekarang mungkin ada logik Sturridge dah hilang separuh jiwa selepas pemergian Suarez. Patut Firmino jadi pilihan Klopp sebab Firmino nampak kurang tamak dan gerakam beliau banyak bantu rakan buat gol. Sekarang bila Firmino kelaut dan bagi peluang Mat Stur pun tak nampak beza malah lagi menyakitkan hati. Dalam dok tensen  bab  penyerang tetiba Solanke masuk berikan impak terbaik dan harap da boleh dketengahkan sebab takda risau nak letak, sebab Sturridge & Firmino sama naik depa punya lemau.

Dulu peminat marah dan kesal jika datang sahaja rehat untuk arena antabangsa. Tetapi leni lain plak. Ramai lega kesengsaraan dapat dilengahkan selama 2 minggu. Apa yang merisaukan juga adalah pemain balik cedera. Tetapi abam rasa pemain yang balik main untuk negara masing2 akan mengecas semangat mereka kot. Sementara itu Klopp pula kena muhasabah diri dan buat bedah siasat sementara rehat lama sebelum bertemu pasukan Setan Gondol yang kemain angkuh dan ujub sebab dipersada liga.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : NEWCASTLE 1-1 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×