Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : LEICESTER 2-3 LIVERPOOL


Drama betul dalam perlawanan dengan si Musang Pulut. Ada babak gembira, sedih, seram dan panik namun berakhir dengan kegembiraan. Kita bedal 3 gol yang menarik dan bolos 2 gol Dari kebebalan bertahan. Apa nak buat memang Liverpool kaki bolos, cuma kali ini ada juga melawan balik untuk elak berputih mata sebab dah didepan dengan selesa dalam suatu masa dan tetiba buat perangai nak bagi peminat tertekan.

Liverpool bermula cemerlang dan gemilang. Salah patut boleh dapat gol awal bila rembatan Emre diselamatkan Kasper dan melantun depan beliau. Mungkin sebab tergamam bola datang betul-betul depan, Salah kantoi merembat tersasar padahal pitu gol ternganga. Salah bayar balik kesilapan dan menghadiahkan gol pembukaan Liverpool dengan tandukan setelah Kotinho melepaskan hantaran lintang cantik dari sayap kiri.

Coutinho telah mengembalikan kepercayaan peminat dengan hantaran gol kepada Salah, namun sekali lagi beliau setelah menjaringkan gol dari sepakan percuma. Tanda dagang beliau kalau dalam posisi sebegitu memang tak mengecewakan. Buatlah benteng sebaik mana pun, sepakan Coutinho merejam pantas melewati barisan pemain Leicester dan diluar jangkauan Kasper.

Kita selalu tak dapat kerjasama baik dengan mutu pengadilan. Malah palat sungguh nasib kurang baik dapat pengadil dari Manchester, Anthony Taylor. Dia memang berat sebelah kalau bab pemain Leicester yang buat kekasaran dan beri kelebihan. Tetapi kalau pemain kita sentuh sikit pemain lawan dan dan nak tarik keluar kad bagai.

Memang kena sabotaj betul pabila tak denda Vardy sebab terjun tiruk tetapi Matip yang kena kad dan berikan sepakan percuma dari kawasan bahaya. Hasil sepakan percuma Mahrez diselamatkan Mignolet dan Musang perolehi sepakan sudut. Sepakan sudut tak bahaya, tetapi Mignolet berani serbu bola dalam keadaan dia ditarik Okazaki dan akibatnya terkantoi dan bola terbias kepada Okazaki yang mudah menjolok masuk untuk defisit 1-2.

Separuh kedua Liverpool dalam mod bersemangat nak bunuh permainan awal. Firmino nampak kurang cemerlang sedikit digantikan Sturridge setelah 15 minit babak kedua berlangsung. Masuk sahaja dah nampak kelibat beliau lebih mecuakkan bek Lecester. Gerakan beliau hasil serangan kilat, menghadiahkan hantaran cantik untuk Kapten Hendo mengeliruakn bek lawan buat kali pertama dan gerakan selepas itu satu rembatan padu menerjah jaring untuk Liverpool selepas 1-3.

Tak sampai seminit dari gol hasil serangan kilat selepas sepak mula, sedikit kekasaran oleh Gomez. Pemain baru Demarai Gray yang ganti Mahrez memang cun, menerima hantaran Albrighton, dia merembat kearah Mignolet tetapi berjaya ditepis namun  tepisan itu memang mengundang bala, dan Vardy yang licik tetiba berada dalam keadaan tanpa kawalan sesiap menanduk mudah gol yang berikan Liverpool tekanan, padahal dah selesa dengan 2 gol sebelum ni.

Mignolet memang lalai dah awal permainan nyaris beri gol kepada Okazaki. Kali ini, dia yang cuba menyerbu keluar konon nak selamatkan keadaan bila Vardy dikedudukan bahaya. Tak dapat bola, yang dapat ialah kaki Vardy dan tanpa prejudis penalti dihadiahkan. Dari lebai malang, terus jadi hero kampung. Mignolet menyelematkan sepakan deras Vardy dan  bagi abam dia selamat dari jadi bahan jika Leicester menyamakan kedudukan.

Perlawanan tamat dengan kemenangan 3-2, walaupun Leicester cuba nak tiru Watford cari gol penyamaan. Pertahanan Liverpool nampak sedikit peningkatan namun bernasib baik sebab Leicester juga tak pandai nak ambil peluang macam perlawanan Piala Kerbau sebelum ni. Harap momentum kemenangan menaikkan semangat pemain untuk hadapi perlawanan yang lebih mencabar selepas ini. 


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : LEICESTER 2-3 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×