Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OXLADE-CHAMBERLAIN PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2017/18

credit pic @brfootball 

Oxlade-Chamberlain, macam awek yang tak pandang harta. Bila dah Dapat lamaran dari Liverpool walaupun paling murah terus setuju tanpa dakwa dakwi. Tawaran Arsenal untuk kekal £180k, opsyen selamat tetapi dia dah tak hendak kekal dengan perangai Wenger yang tiada ambisi. Tawaran paling tinggi £220k dari Chelsea pun ditolak sebab OX tahu Chelsea akan suruh dia main diposisi merapu macam Victor Moses kena, Sayap belakang.

Ada juga yang bising kenapa bayar lebih, jika dapat percuma musim satu lagi. Lagipun mahal siak £40juta. Masalahnya Ox ada 3 opsyen dari kekal kat Arsenal, Chelsea atau kita. Jika kita tak kebas sekarang, Ox akan sain kontrak untuk kekal bersama Arsenal. Harapan nak beli dengan mudah camni takkan dapat. Silap-silap boleh pergi macam harga Lemar, mencanak naik dua kali ganda sebab Arsenal akan letak klausa kaw-kaw selepas kontrak baru.

Dari segi keperluan jangan nak pertikai tanda harga. Pemain serba-serbi posisi serta berpegalaman di Liga EPL serta kancah Liga Juara-Juara, mana nak cari sekarang murah-murah. Lagi satu faktor umur baru 22 tahun adalah faktor penyumbang. Dan paling utama beliau adalah hasil didikan akademi Liverpool cawangan Southampton.

Ikutnya Ox ni alternatif untuk dapatkan sasaran lebih ekslusif Thomas Lemar dari AS Monaco. Tetapi tak mahu jadi cam lebai malang sini tercicir sana melepas, Klopp ambil keputusan drastik beli Ox tanpa peduli samda dapat Lemar atau tidak. Apa yang Klopp mahu sekarang adalah gunakan dana perpindahan yang dijanjikan Tuan kelab yang dengar cakap Klopp dapat hingga £175juta. Kalau tak habiskan silap-silap mereka pergi kona melabur kat Red Sox pula. Bukan boleh harap koboi FSG ni.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

OXLADE-CHAMBERLAIN PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2017/18

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×