Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA JUARA-JUARA : HOFFENHEIM LAWAN LIVERPOOL ( KELAYAKAN )

Fokus sekarang tentang kelayakan ke kumpulan Liga Juara-Juara. Perkara bolos-lobos seri dengan Watford tolak ketepi jap. Mungkin perlawanan di eropah kita boleh nampak hiburan santai bukan drama sinetron EPL , yang buat jiwa kacau sepanjang minit perlawanan. Klopp cakap dia akan perbaiki dari masa kesemasa. Kita harap bermula dengan Hoffenheim, segala yang keruh dijernihkan kembali.

Hoffenheim ditaja oleh SAP. Kalau korang biasa dengan kerja melibatkan inventori, perisian SAP memang kat mana-mana pon orang guna. SAP bangunkan kelab bolasepak semipro ni dari Divisyen 3 Bundesliga dan menjadi antara kelab terbaik Jerman. Itu tanggungjawab koperat anak tempatan yang kaki bola. Kalau ada kat Malaysia tokey anak tempatan camni baru boleh bersaing dengan JDT kot. Mungkin bolasepak Malaysia berwawasan skit.

Roberto Firmino bakal kembali bertemu pasukan lama. Tempat beliau menempa nama di persada Eropah. Nasib baik Liverpool sakau dulu awal-awal. Sayang sekali masa beli Firmino tak pakej sekali Niklas Süle, kalau tak mungkin Lovren dok bangku simpanan. Pengurus Hoffenheim, cukup muda belia baru 30 tahun. Masa 27 tahun dah jadi pengurus utama. Walaupun sangat muda tetapi dia cepat belajar dan sikit hari rasanya tak berada kat Bayern mungkin kat Dortmund.

Setpis jadi mimpi ngeri buat Liverpool dimana-mana. Apa rahsianya yang korang mungkin belum faham sebab teruk sangat ialah sistem Jagaan Zon (Zonal Marking) Klopp guna. Sistem ni nampak gah bila main dengan pasukan yang tak punyai pemain sasaran, tetapi Masa Lawan Watford kelemahan terserlah. Dok tunggu setempat padahal lawan dok merayau cari sasaran dan bila pemain ada yang lena, senang lawan nak ambil peluang.

Lawan kita nanti Hoffenheim memang Juara Setpis Bundesliga musim lepas. Suku dari gol mereka hasil daripada sepakan percuma atau sudut. Jadi peringatan dan amaran jangan ada pemain nak buat perangai nak terjah lawan dekat kawasan bahaya terutama dari penjuru kawasan penalti. Kamaric, bekas flop Leicester cukup menjadi musim lepas dan rakan beliau Wagner juga kalau main kepala cukup bahaya. macam kombinasi Shearer-Les Ferdinand.

Ward
Trent Matip Lovren Roberton
Milner Henderson
Salah Firmino Mane
Solanke

Kunci kekuatan ialah Firmino. Kalau Coutinho blah sekalipun baik Klopp main Firmino diposisi tengah menyerang. Ada mitos lagenda kat Bundesliga dahulu, mereka gelarkan Firmino ialah penyerang halimunan. Dia mampu bergerak dengan bola atau tanpa bola dalam kedudukan terbaik, kalaupun bukan buat gol sendiri, mesti rakan yang dapat peluang jaringkan gol mudah, macam gol Salah haritu yang perlu lompat tepek kedalam gawang.

Kali ni perlu diuji Robertson buat kali pertama. Kalau abam ditempat Klopp patutnya Moreno main Eropah dan Robertson main Liga. Lagi satu beri juga peluang kepada Solanke jika Firmino main kat tengah. Kalau Firmino main peneyrang utama juga, sila simpan slot simpanan otomatik untuk Solanke sebab Origi memang tak menyerlah masa lawan Watford. Abam suka goli muda Ward dan kalau letak dia berbanding Mignolet tak salah sebab Mignolet tak berapa bagus perlawanan lepas.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA JUARA-JUARA : HOFFENHEIM LAWAN LIVERPOOL ( KELAYAKAN )

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×