Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 0-0 SOUTHAMPTON


Nasib baik Arsenal tolong katok Menyu 2-0. Kalau sebaliknya memang Milner akan jadi kambing hitam, macamana Gerrard yang tergelincir dulu. Rupanya memang keadaan musim ni semua pasukan punyai nasib yang tak menentu. Pasukan yang berbelanja besar macam Menyu pun tak setara mana, apatah lagi pasukan kita yang tak punyai skuad yang besar. Corak permainan Southampton sudah dikesan bukan perlawanan semalam, Tetapi dah 3 perlawanan sebelum ni kot. Jadi takkan tak boleh agak yang mereka bakal main bertahan dan serang balas.

Suatu pembaziran beri Origi 60 minit. Sumbangan beliau amat ciput. Tak nampak ciri-ciri nak jadi pemain utama. Musim ni rezeki dia sebab Benteke kena jual, Sturridge asyik MC dan Firmino hanyalah saingan utama. Beza kualiti Sturridge dengan Origi jelas bagai langit dan bumi. Kemasukan Sturridge walaupun hanya 30 minit, cukup berikan impak yang terbaik. Sturridge cerdik dan licik tahu nak selit dicelahan sempit pertahanan lawan. Origi begitu statik sangat, mumgkin kurang pengalaman atau sendiri dah tak boleh berubah corak permainan beliau.

Peluang tak banyak sebab lawan main haprak. Itu bukan alasan sebenarnya. Tetapi pemain kita dah takda idea yang segar. Asyik nak main hantaran kiri-kanan depan belakang melintasi ruang pertahanan Soton. Abam ada tengok perlawanan City dan Palace. Nak macam sama Palace main dengan Soton. Tetapi apa yang Pep buat ialah dia beri galakan Aguero duduk dalam kotak tetapi bukan lepak makan kuaci, tetapi alih perhatian lawan untuk mudahkan pemain sayap , tengah malah pertahanan buat percubaan. Nak cakap sekali lagi dengan Origi dia pun buat ramai kat luar kotak. Langsung tak membantu.

Abam memang marah kat Milner sebab sepak penalti tak masuk. Itu sahaja peluang terbaik nak menang dan dapat 3 mata. Tetapi bila muhasabah balik, terlupa plak yang lagi 89 minit pergi mana semua orang. Milner sebelum ni cemerlang ambil penalti semua masuk tak kantoi. Tetapi sekali tak masuk ramai kecam. Bab ni abam paham kerana ramai tak dapat terima kenyataan sebab penalti itu penentu 3 mata. Tetapi manusia ada hari dia ok ada hari dia jatuh. Sebab itu kita tak perlu fokus insiden penalti sahaja yang lain banyak juga kita terlepas.

Abam nampak perlawanan ni Gigi Gandum menghilang dibalik celahan rimbunan bek Soton. Dia mungkin banyak diberi arahan untuk bantu serangan. Bagi Abam patutnya Klopp keluarkan Gigi, Milner dan Lucas sekaligus dan masukkan Moreno sekali bersama Lana dan Mat Stur. Selain cekap main baling botol air, Moreno kalau bab nak menyusup dari sayap boleh tahan dia punya stail. Milner abam suruh keluarkan bukan sebab penalti tak masuk, bukan. Tetapi pilihan untuk pecahkan kubu Soton dari sayap yang sejak awal permainan Milner tak mampu buat.

Lagi satu kalau korang perasan, pengadil memang terlepas pandang atas insiden Mignolet tepis bola kat luar kawasan penalti. Bagi Abam, kalau tak terlindung penglihatan Mignolet bakal kena teruk, kad merah wajib sebab dia menghalang Long dalam situasi bahaya. Itu sebab kita bukan nasib baik tak menang sahaja, tetapi cukup bernasib baik tak main 10 orang. Keberanian Mignolet patut dipuji sebab sanggup ambil risiko besar nak selamatkan gawang. Nampak tak betapa dia dah berubah kearah yang lebih baik.

Akhir kalam perlawanan ini teramat sukar berbanding, Stoke, WBA dan Watford. Lawan lain main ada juga nak naik buat serangan nak cari gol dengan pelbagai cara. Tetapi Si Soton macam tak percaya satu habuk pun percubaan tepat tak buat. Mamat penyerang rambut meggi tu banyak curi ayam dari buat sepakan. Masuk Shane nampak ada sikit bahaya. Jadi Klopp akui dia ambil ikhtibar dari perlawanan haprak ni. Rasanya tak terlambat lagi sebab West Ham dan Boro lepas ni akan cuba cara haprak sebab mereka tahu Liverpool musim ni lemah dengan cara tu. Apapun sekali lagi sayang Pak Wenger ketat-ketat.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 0-0 SOUTHAMPTON

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×