Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SASARAN BEK KIRI DAH TERLEPAS


Dengar berita Sead Kolasinac setuju ke Arsenal musim depan, dah boleh rasa yang Klopp takkan mencari Bek Kiri utama. Dia antara bek kiri yang terbaik di Bundesliga dibelakang Alaba Bayern, Rodrguez Wolfburg. Pakej si Sead memang terbaik. Agresif, pantas dan kuat bertahan dan boleh bantu serangan dan umur masih 23 tahun. Tapi yang paling terbaik dia datang percuma. Barang percuma dari Bundesliga memang mengujakan. Jangan buat-buat lupa kita dah bedal Matip percuma dari Schalke.

Macam berita Theo Hernandez itu cuma spekulasi dan cara ejen nak bagi naik harga pemain. Bila Atletico nak jual mereka takkan jual murah dan bila Real nak cilok, rasanya pemain takkan nak patah balik. Jadi mereka cari pasukan yang terdesak cari bek kiri dan Liverpool tersenarai untuk jadi umpan media. Kita setakat boleh dengar tetapi nak percaya awal musim depan baru tahu. Saya akui dalam kompilasi youtube, Theo kemain hebat, rasanya sehebat Si Saed juga.  Namun takut juga mimpi negeri dengan Moreno boleh berulang, sebab si Theo baru semusim main dalam kesebelasan utama.

Kita dengar yang Klopp sayang nak buang Milner dari posisi bek kiri. Namun Klopp juga kena ada pengganti yang ideal. Sebab tu kita tengok dia cuba beli pemain  yang baru akhil baligh macam Chilwel dari Leicester musim lepas sekadar untuk jadi timbalan bukan pemain utama. Kalau musim lepas lagi nak cari bek utama mesti Jonas Hector dah main kat Anfield. Musim ni ada sasaran baru yakni pemain muda Fulham, Ryan Seesegnon. Muda lagi adik ni baru 17, tetapi gaya main bagus sebab dia dah main kesebelasan utama.

Pilihan ditangan Klopp. Cuma terlepas pemain percuma macam Kolasinac ada juga ruginya , namun dah Klopp taknak apa boleh buat. Mungkin Klopp nampak kekurangan Si Sead nak ganti Milner. Malah dengar cerita pakej penggajian yang ditawarkan di Arsenal memang terbaik disamping dia yakin dia boleh tapau, Monreal dan Gibb kot atas kot. Dengan masa depan Moreno yang kelam dan kelab luar nak beli, rasanya Bek kiri baru akan datang, tak pasti samada sebagai pemain utama atau pemain muda. Sebab Klopp pun manusia biasa, harini cakap lain tup-tup awal musim sekali-sekali Milner kena jual, manatahu kan.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

SASARAN BEK KIRI DAH TERLEPAS

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×