Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL



Sedapnya tengok Man City kantoi ke Suku Akhir Liga Juara-Juara. Kalah dengan Monaco secara agregat memang pedih macam kena tinggal awek walaupun kita orang kaya. Monaco punyai pemain muda yang ramai Tetapi jurulatih mereka Jardim pandai olah tenaga muda yang cergas walapun kurang pengalaman. Sebab itulah polisi Klopp nak tiru camtu tetapi apakan daya status pemain muda kita biasa- biasa dan Liga Inggeris tak bagi peluang Klopp nak ujikaji sangat sebab perkara penting ialah mata.

Prestasi Liverpool makin meningkat. Drastik tak sangat. Cuma lebih baik dari bulan lepas. Pemain nampak kian mengerti cara nak atasi lawan ikut situasi. Masa lawan Si Meriam main lebih hantaran tetapi lawan Burnley kena main ragbi sikit. Keputusan dengan Burnley taklah ohsem tetapi boleh bangkit ketinggalan dan menang, itu maknanya mental pemain ditahap tertinggi walaupun terpaksa main lebih sedikit kederat fizikal. Bila dah dapat rentak kemenangan dengan pasukan bawahan rasanya momentum teramat cantik sekali.

Migno
Clyne Matip Klavan Milner
Lana Emre Gigi
Mane Origi Coutinho

Penanda aras lawan Man City di Ittihad ialah lawan Si Meriam. Nak kata sama tak juga. Tetapi City macam Arsenal takkan nak main buruk demi jaga status pasukan elit. Itu yang kita mahu dan mungkin seantero peminat bola yang mahukan hiburan dalam bolasepak disajikan dengan keghairahan dari awal dan inzal hingga habis. Coutinho harap dapat kembali sentuhan ajaib sebab selalunya lawan City memang makanannya. Emre kena jaga2 sebab lawan akan cari kelemahan beliau.

Menang akan buatkan kita beri tekanan kepada City di tangga ke-3, tapi jika bungkus kita pula akan jadi tekanan sebab Si Meriam boleh cilok tangga ke-4. Walaupun main di arena lawan saya rasa City lebih tekanan sebab mereka tahu Liverpool suka baham pasukan elit tetapi sedekah mata pasukan miskin. Cuma kita harap corak permainan Liverpool kena rendah diri nsikit sebab sekalipun City macam tak berapa bagus musim ni, beberapa pemain mereka masih boleh beri kesengsaraan kepada kita terutamanya Sane dan Sterling.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : MAN CITY LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×