Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

'Kaki Saya Dah Tak Ada'


SABAK BERNAM - Kaki seorang pelajar perempuan SMK Bagan Terap putus kedua-dua kakinya selepas Digilis Lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, petang tadi, lapor Harian Metro.

Difahamkan, sebelum Kejadian Itu berlaku, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang oleh kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dilanggar sebuah kereta dari belakang. 

Mangsa terjatuh di tengah Jalan Dan tidak sempat bangun menyebabkan kakinya digilis lori yang membawa muatan tanah. Manakala kakaknya tercampak ke kiri jalan dan cedera di bahagian badan serta terseliuh kedua-dua kakinya.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber lain, pemandu lori terbabit telah tampil membuat laporan polis, sekali gus menafikan yang dirinya lari selepas kejadian.

Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil atau menghubungi polis di talian 03-32242613, Inspektor Afiq Hardiv, untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - THEHYPEMEDIA.COM


from The Hype Media http://ift.tt/1JcnjRa


This post first appeared on HOT NEWS, please read the originial post: here

Share the post

'Kaki Saya Dah Tak Ada'

×

Subscribe to Hot News

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×