Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Di Mana Tempatnya Rasulullah?- Tinta Ruhum


Dalam nikmat yang diberi kepada kita sebagai manusia, pernahkah kita bertanya apabila bersendirian dimanakah tempat kita ini disisi Rasulullah dan Allah s.w.t. Persoalan seterusnya dimanakah Rasulullah terletak pada diri kita. Adakah hanya pada fikiran, hati atau sekadar tahu Rasulullah itu Nabi akhir zaman yang tiada nilai pada kehidupan kita?

Persoalan ini bukan sekadar untuk dijawab secara nyata tetapi apa yang perlu diletakkan kemas pada hati kita. Mungkin kita akan bertanya, mengapa semua ini melibatkan soal hati? jawapannya dengan tepat adalah kerana hati merupakan tempat yang paling berkuasa dalam kehidupan manusia. Pernahkah kita mendengar peribahasa ini:

"Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa" "Tepuk Dada Tanya Selera"

Sedia maklum seperti yang kita tahu, Hati yang menentukan segala kebaikan dan keburukan. Hati juga yang memberikan isyarat kepada akal untuk melakukan sesuatu perkara. Penulis memetik kata Al-Hujjatul Islam, Imam Ghazali mengatakan:

"Hati ini umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati"

Tepuk balik hati kita dan ketuk dengan sekuat-kuatnya dan mula bertanya, dimanakah Rasulullah didalam hatiku? Adakah masih lagi hanya di fikiran? Tiada apa-apa yang berubah. Fikirkan adakah jalan yang kita lalui ini adalah jalan yang Rasulullah tunjukkan atau berlawanan dari hak yang sebenar. Renungkan lagi Firman Allah: 

Mafhumnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

( Surah Ali Imran: 3:31)

Tanya lagi diri kita, adakah jalan yang aku lalui ini benar-benar mengikut Rasulullah? Mana Tempatnya Rasulullah cinta ini? Masihkah bertempat teguh di dalam hati atau sudah lama hilang tidak berganti-ganti. Ingatlah bahawa dengan istilah cinta, maka segalanya jadi mudah dan indah. Sepertimana kita mencintai keluarga, harta dan pasangan semestinya kita akan rasa bahagia dek kerana senang hati kita. Bagaimana pula tempatnya Rasulullah di hati kita?

Tanyalah hati berulang kali, mana tempatnya Rasulullah pada diri ini.


This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Di Mana Tempatnya Rasulullah?- Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×