Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apakah yang dimaksudkan dengan 7 Prinsip Pembangunan Islam?-Tinta Ruhum



Pendahuluan

Pengurusan Pembangunan Islam merupakan satu ideologi yang melibatkan unsur-unsur yang terdapat didalam pengurusan yang digabungkan dengan unsur-unsur Islam dalam merealisasikan pembangunan dalam diri, keluarga dan masyarakat bagi membangunkan institusi dan negara yang berlandaskan Islam. Teori Pengurusan Pembangunan Islam ini telah dimulakan oleh Professor Muhammad Syukri Salleh iaitu Pengarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV). Pengurusan Pembangunan Islam bagi peringkat Sarjana telah dijalankan di USM manakala untuk pengajian di peringkat Sarjana Muda telah dijalankan di KUIM bermula tahun 2012.

7 Prinsip

7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam ini merupakan unsur-unsur utama yang menjadi tunjang kepada konsep pengurusan pembangunan. Menurut Muhammad Syukri Salleh ( 2003), Pengurusan Pembangunan Islam mesti berada didalam landasan 7 prinsip iaitu:


  1. Tasawwur Islam Sebagai Acuan Pembangunan
  2. Manusia Sebagai Pelaku Pembangunan
  3. Alam Roh, Alam Dunia dan Akhirat Sebagai Skala Waktu Pembangunan
  4. Ilmu Fardhu Ain Sebagai Kerangka Pembangunan
  5. Ibadah Sebagai Perkaedahan Pembangunan
  6. Sumber Alam Sebagai Peralatan Pembangunan
  7. Mardhatillah Sebagai Matlamat Pembangunan
  8. Prinsip-prinsip diatas sekiranya dilihat dengan lebih teliti berkesinambungan dengan apa yang terdapat aspek Islam dalam pembangunan manusia kerana ia merangkumi hal jasmani dan rohani.


Kepentingan Prinsip Islam sebagai panduan kepada pembangunan.

Kepentingan prinsip Islam dalam pembangunan bukan sekadar berkisar tentang hal yang berlaku sekarang malah jika dilihat pada zaman sebelumnya, pembangunan berpandukan prinsip Islam ini telah diamalkan oleh pemerintahan Islam sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Antara kepentingan prinsip Islam sebagai panduan kepada pembangunan ialah:


  1. Prinsip Islam merupakan prinsip terbaik kerana ia menepati fitrah manusia.
  2. Prinsip ini mendorong kepada pembangunan jiwa yang menjadi sebab kepada kecekalan dan kemantapan sesuatu pembangunan material.
  3. Prinsip ini mengekang manusia daripada melakukan sesuatu perkara yang berlawanan dengan sifat murni walaupun dalam usaha untuk mengejar kemajuan.
  4. Mengekang kejahatan yang berlaku akibat pemikiran dan niat yang tidak baik dalam diri manusia dalam menguruskan organisasi.
  5. Mewujudkan suasana damai dalam masyarakat.
  6. Mengelakkan salah guna kuasa dalam kepimpinan.
  7. Menghadirkan sifat Ihsan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dalam organisasi.
  8. Mencapai mardhatillah (redha Allah).

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat diambil dalam pengenalan ini adalah pengurusan pembangunan Islam bukanlah hanya teori yang berlandaskan akal semata-mata tetapi ia merupakan prinsip tunjang kemanusian untuk menjaga kemaslahatan ummah dalam menuju pembangunan yang lebih harmoni dan sistematik.

Sumber Rujukan:


  1. http://isdevnews07.blogspot.my/
  2. http://syukri54.blogspot.my/
  3. Muhammad Syukri Salleh, 2003, 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, Zebra Edition Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.


This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Apakah yang dimaksudkan dengan 7 Prinsip Pembangunan Islam?-Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×