Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apakah kebenaran di sebalik Teori Kapitalisme?- Tinta Ruhum



Konsep pembangunan lazim yang dibangunkan di dalam dunia ini terbina dari dua falsafah yang utama iaitu Falsafah Pembangunan Kapitalis dan Falsafah Pembangunan Marxis. Kedua-dua falsafah ini merupakan pemikiran yang berasaskan sosial barat. Menurut Syukri Salleh (2003), Falsafah Kapitalis atau secara akademiknya dikenali sebagai Falsafah Pasca-Klasikal melahirkan Teori Pertumbuhan dan kemudiannya Teori Pengagihan Dengan Pertumbuhan. Menurutnya lagi, kedua-duanya menjadi teori dominan sehingga ke hari ini.

Falsafah Pembangunan Kapitalisme wujud pada tahun 1776, dimana ketika itu tokoh yang paling terkenal dengan falsafah ini adalah Adam Smith. Falsafah beliau menjadi tumpuan selepas mengeluarkan buku "An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations". Falsafah Kapitalisme merupakan falsafah yang memberi ruang kepada masyarakat untuk berusaha dengan bebas tanpa sebarang sekatan dan menggunakan pelbagai cara untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah, kepentingan peribadi, mengejar kekayaan dan kekuasaan. Kesan kekuatan yang diamalkan oleh pengikut falsafah ini adalah wujudnya kemiskinan, kesengsaraan rakyat, berlaku ketidak adilan dan monopoli yang dijalankan menyebabkan jurang perbezaan antara kaya dan miskin menjadi sangat besar.

Menurut Adam Smith (1776), pembangunan Kapitalisme dapat dibahagikan kepada 3 unsur untuk mencapai sebuah pembangunan:

1. Kebebasan (Freedom): hak untuk pengeluaran, menukar dan memperdagangkan) produk, tenaga kerja, dan kapital.

2.Kepentingan diri (Self-interest): hak seseorang untuk melakukan usaha sendiri dan membantu kepentingan diri orang lain.

3.Persaingan (Competition): hak untuk bersaing dalam pengeluaran dan perdagangan barang.

Menurut beliau, unsur-unsur ini akan menghasilkan keharmonian secara semulajadi disamping menjaga kepentingan 3 golongan utama iaitu buruh, pemilik dan kerajaan. Melalui keharmonian ini akan menghasilkan masyarakat yang tenteram dan rela hati melakukan apa yang diarahkan tanpa perlu kepada pemerhatian kawalan khusus negara.

Menurut Milton H.Spencer (1990), Kapitalisme merupakan sebuah sistem organisasi yang dibentuk oleh alat-alat pengeluar atau perniagaan seperti kilang, tanah, lombong dan lain-lain yang memberi manfaat kepada pelaku untuk mencapai keuntungan yang maksimum. Ini menunjukkan bahawa  sistem ini adalah suatu sistem yang memberikan kebebasan yang cukup besar bagi pelaku pembangunan untuk melakukan kegiatan yang terbaik bagi kepentingan individu atas sumber-sumber yang diperolehi. Sistem ini menanamkan satu ideologi bahawa setiap orang akan menerima imbalan sesuai dengan prestasi dan kejayaan dan campur tangan kerajaan juga sangat minimum kerana kedudukan kerajaan hanyalah sebagai pelindung dan penerima imbuhan berupa pembayaran cukai setiap tahun.

Selain itu juga terdapat terdapat tokoh yang lainnya seperti W. W. Rostow yang terkenal dengan teori-teori pertumbuhannya. Menurut beliau, semua pembangunan yang berlaku di dunia harus melalui sejarah perkembangan yang sama yakni melalui lima peringkat:

1. Peringkat masyarakat tradisional.
2. Peringkat Persediaan.
3.Peringkat Revolusi
4. Peringkat Matang/Maju
5. Peringkat penggunaan massa/ keamanan.

Dalam merealisasikan pembangunan Kapitalis ini, negara-negara yang mundur mesti menjadikan negara-negara yang maju sebagai pedoman mereka dan bersedia dengan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan. Tradisi atau adat perlu dihapuskan dan digantikan dengan tradisi dan budaya yang baru atau budaya masyarakat maju, yakni budaya kapitalisme.


This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Apakah kebenaran di sebalik Teori Kapitalisme?- Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×