Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ketahui 5 perkara yang ditegakkan dalam Islam-Tinta Ruhum


Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Musa dia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Hanzhalah bin Abu Sufyan dari 'Ikrimah bin Khalid dari Ibnu Umar, beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab(باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 7. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان أرآان الإسلام ودعائمه العظام ) hadis nombor 19).

Pengajaran dari hadis:
Hadis ini menerangkan tentang rukun lslam terdiri dari lima perkara. Rasulullah s.a.w mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni menunjukkan bahawa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan cantiknya binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Ketahui 5 perkara yang ditegakkan dalam Islam-Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×