Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Abdullah Bin Idris, Permata Bumi Nadj- Tinta Ruhum



Abdullah bin Abdul Aziz bin Idris dilahirkan di bandar Hirmah di daerah Sadir di Nadj pada tahun 1348 Hijrah bersama dengan 1930 Masihi. Beliau dari kelompok pertama yang menamatkan pengajian peringkat ijazah di fakulti syariah dan bahasa arab di Riyadh pada tahun 1376 hijrah, pada ketika itu beliau berumur 28 tahun. Beliau pernah menjawat banyak jawatan antaranya sebagai ketua pentadbiran pelajar luar negara di Universiti al-Imam Muhammad bin Saud, dan menjawat jawatan ketua pentadbiran kebudayaan dan penerbitan di universiti yang sama. Selain itu beliau juga merupakan ketua kelab sastera di Riyadh. 

Beliau merupakan seorang sasterawan Saudi terulung di kurun ini. Beliau dianggap sebagai peneraju dalam lapangan penulisan sastera Saudi. Beliau diakui sebagai salah seorang dikalangan sasterawan termasyhur pada era moden oleh Dr.Umar Sasiy. Ada pengkaji yang menganggap beliau antara penyair aliran baru, sealiran dengan penyair-penyair seperti Saad Al-Bawardiy, Abdul Karim Al-Juhaiman, Saleh Uthaimin, Ali Ghasal, Ibrahim Fattaniy dan Ahmad Qindil.

Antara karya beliau yang terkenal iaitu:
  1. Fi Zauraqi (Dalam Kapalku), Kumpulan Puisi, 1985
  2. Ibhar Bila Ma' ( Pelayaran Tanpa Air), Kumpulan Puisi, 1998
  3. Syu'ara' Najd Al-Mu'asirun, kompilasi puisi dan sejarah sasterawan Najd, 1960
  4. Syi'rund Khilal al-Thalathin Sana al-Akhirah, 1994
Penyair yang memberikan kesan kepada karya beliau adalah al-Muhajir yang menetap di Amerika namun puisinya masih mengekalkan konsep tradisional. Kebanyakkan nukilan beliau bertemakan tiga kategori iaitu masyarakat Islam, kenegaraan dan kemasyarakatan. Puisi beliau dikenali kerana kaya dengan kamus bahasa yang luas dan bersifat tradisional. Moga Allah sentiasa merahmati beliau. Ameen.




This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Abdullah Bin Idris, Permata Bumi Nadj- Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×