Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hadis Qudsi

Pengajaran Pertama

Allah s.w.t berkata, "Wahai anak Adam!"
"Setiap hari umurmu berkurangan dan engkau tidak tahu, setiap hari rezeki mendatangi engkau tetapi engkau tidak memujiku. Pemberian yang sedikit engkau tidak cukup dan pemberian yang banyak engkau tidak puas".

1. "Setiap hari rezekiKu mendatangi engkau tetapi setiap malam malaikat yang mencatit amalanmu membawa kepadaKu dengan amalan yang keji."
2. "Engkau makan rezekiKu tetapi engkau derhaka kepadaKu, sedangkan permintaanmu Aku perkenankan."
3. 'KebajikanKu turun kepadamu tetapi kejahatanmu naik kepadaKu."
4. "Sebaik-baik Tuhan dan sebaik-baik yang membantumu ialah Ak tetapi sejahat-jahat hamba terhadapKu ialah engkau."
5. "Engkau meminta daripadaKu maka Aku memberinya."
6. "Aku tutup ke atasmu kejahatan kepada suatu kejahatan, dari satu keaiban kepada satu keaiban."
7. "Aku malu terhadapmu tetapi engkau tidak malu terhadapKu."
8. "Engkau lupa terhadapKu dan ingat selainKu."
9. "Engkau takut kepada manusia dan tidak takut kepadaKu."
10. "Engkau takut dengan kemarahan manusia dan tidak takut dengan kemurkaanKu."
11. "Ketahuilah bahawa Aku tidak menerima amalan melainkan (amalan) yang benar-benar ikhlas terhadapKu. Maka berbahagialah orang-orang yang ikhlas."

Pengajaran Kedua

1. Aku hairan kepada orang yang meyakini saat kematian tetapi ia masih bersuka ria lagi.
2. Aku hairan kepada orang yang meyakini hari perhitungan di hari kiamat tetapi masih mengumpul harta.
3. Aku hairan kepada orang yang meyakini kubur tetapi masih bergelak ketawa.
4. Aku hairan kepada orang yang meyakini musnah dan hilangnya dunia tetapi masih mengambil ketetapan dunia (seolah-olah dunia ini kekal).
5. Aku hairan kepada orang alim dengan lidahnya (fasih lidahnya membicara ilmu agama) tetapi jahil hatinya (hatinya penuh dengan sifat terkeji).
6. Aku hairan kepada orang yang membimbangi keaiban manusia tetapi ia lupa dirinya sendiri.
7. Aku hairan kepada orang yang menyuci anggota badannya dengan air tetapi lupa menyucikan hatinya dari sifat-sifat mazmumah.
8. Aku hairan kepada orang yang mengetahui Allah itu Maha Melihat tetapi masih melakukan penderhakaanya terhadapKu.



This post first appeared on Islam Dan Kehidupan, please read the originial post: here

Share the post

Hadis Qudsi

×

Subscribe to Islam Dan Kehidupan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×