Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Puasa Setahun






Puasa setahun adalah hasil dari gabungan Puasa-puasa daripada puasa ramadhan (fardhu) dan puasa syawal (sunnah) yang dilakukan seseorang.

Sesiapa yang berpuasa enam Hari selepas Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), maka ganjarannya seperti berpuasa setahun penuh. Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan, maka baginya 10 ganjaran yang seumpamanya.(Riwayat Ibnu Majah).

Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Anshari r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan, kemudian diteruskan dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ganjarannya adalah seperti berpuasa setahun. (Riwayat Muslim)

Maka sesudah mengetahui yang demikian,seseorang itu dapat membangkitkan motivasi didalam beribadah kerana amalanya diberikan gandaan yang cukup banyak.

Kesimpulanya,dengan nilai gandaan ini dapat menaikan semangat seseorang terutama umat ini yang umurnya tidaklah mencapai ribuan tahun berbanding umat Nabi terdahulu yang dapat beribadah ribuan tahun.Umat ini diberkati Allah.Amal mereka sekalipun 1 namun dibalas 10.Rahmat Allah melimpah keatas umat ini.Semua ini limpah kurniaan-Nya.Seperti diatas 29 hari atau di genapkan 30 hari menjadi 300 ditambah 6 hari di bulan syawal bersamaan 60 hari maka nilai 36 hari digandakan 10 menjadi 360 hari cukup menampung waktu setahun.Inilah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu puasa ramadhan diikuti puasa 6 hari di bulan syawal mendapatkan senilai setahun.


This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Puasa Setahun

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×