Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ibadah : Niat Dan Puasa Hari Putih

Ibadah : Niat Dan Puasa Hari Putih

Riwayat menukilkan hadits mengenai puasa hari putih iaitu pada pertengahan bulan islam.
Puasa ini adalah salah satu puasa sunat sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.
pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari Setiap Bulan, dua rakaat solat Duha
Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW
tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih
dan solat witir sebelum tidur (Hadits Bukhari). Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa
Rasulullah SAW bersabda: "Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu
(13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya
dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177) Dari Abdullah Bin Umar bahawa "Sesiapa
berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan
kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa
setahun. (Hadis Bukhari, Muslim). Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud,
pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.

Contoh puasa-puasa sunat adalah seperti:


  • Puasa dalam bulan Sya’ban
  • Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  • Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
  • Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
  • Puasa pada hari Isnin & Khamis
  • Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan (puasa hari putih)
  • Puasa satu hari berbuka satu hari atau dikenali puasa Nabi Daud a.s
  • Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
  • Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan 

Kelebihan Puasa Hari Putih

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sejauh tahun. ” (Hr Bukhari :1979)

Puasa sunat hari putih pada setiap bulan iaitu 13,14,15 kalendar islam adalah seolah-olah ia
berpuasa setahun.

Mendapatkan pertolongan pada hari yang sangat dahaga.Semua kelebihan itu disebutkan
didalam hadits diatas.Keutamaan ini sengaja di kurniakan kepada mereka yang tekun
beribadah sunnah dan istiqomah kerana Allah s.w.t.

Niat Puasa Hari Putih

Niat itu tempatnya dihati.Adapun melafazkan niat puasa putih juga boleh.

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ayyami bidh sunnatan lillahi ta’ala
“saya hasrat puasa pada hari - hari putih , sunnah kerana allah ta’ala. ”

Waktu Niat Puasa Sunat

Niat bagi puasa sunat boleh dilewatkan, tempohnya ialah sehingga tergelincir matahari. Jika anda terlupa berniat di malam hari atau sebelum subuh tidak menjadi masalah asalkan anda sempat berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat tidak makan dan minum atau tidak didahului dengan perkara yang boleh membatalkan puasa.
Waktu yang seharusnya berniat bagi setiap puasa ialah malam hari atau berniat sebelum masuk waktu subuh. Namun, ulama dalam fiqh seperti Imam Ahmad bin Hambal, Abu Hanifah dan Imam al-Syafie meriwayatkan daripada Abi al-Darda dan Abi Thalhah dan lainnya berpendapat harus berniat di siang hari.
Ini berdasarkan riwayat daripada Aisyah yang bermaksud: Aisyah r.a. telah memberitahu: Rasulullah SAW telah berkata pada suatu hari: Wahai Aisyah ada apa-apa di sisi engkau untuk dimakan? Aisyah menjawab: Wahai Rasulullah tidak ada apa-apa di sisiku untuk dimakan. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku berpuasa. Kemudian baginda telah datang kepada kami (isteri-isteri baginda) lalu kami berkata: Wahai Rasulullah kami telah dihadiahkan dengan hais (sejenis makanan yang diperbuat daripada minyak sapi dan tepung gandum ). (riwayat Muslim).
Falsafah sebelum tergelincir matahari adalah kerana separuh daripada hari itu dia telah menahan dirinya dari makan dan minum. Kedua, jika ingin berniat selepas tergelincir matahari bermaksud sudah lebih daripada setengah hari sedangkan setiap amalan itu perlukan niat dan tidak berlaku lagha (sia-sia).


Antara termasuk perkara sahnya puasa sunat adalah seperti berikut:


Maka di antara syarat sah puasa sunat bagi wanita adalah meminta izin suaminya. Ini jelas dalam tegahan Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Ibn Majah yang bermaksud: “Rasulullah SAW telah menegah para isteri dari berpuasa sunat tanpa izin suami mereka”. (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm:560 ).



This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Ibadah : Niat Dan Puasa Hari Putih

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×