Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Taubat Firaun Ditolak

Taubat Firaun Ditolak


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera 

Allah bertoleransi dengan semua makhluk ciptaan-Nya.Di datangkan dengan perbagai bentuk peringatan.Tidak boleh dengan orang ini,ia bolehlah sebagai kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.maka Allah hadirkan dengan orang lain.Tidak boleh dengan orang lain,Allah beri pula bentuk haiwan-haiwan.Bila mana cara ini tidak jalan sebab hati keras,maka Allah guna kaedah keras,iaitu air,angin,api dan lain-lain perkara yang menyedarkan kita.Pada peringkat ini amat jarang manusia tidak sedari.


Tapi masih ada yang tidak mengendahkanya.Seperti Firaun.Macam hati firaun tu keras sangat,tak boleh di lenturkan.Ingkar lain macam,ribut taufan sedikit pun dia tak memberikan kesedaran.Kemarau pun tak boleh melenturkan hatinya tu.Sedangkan nabi Musa a.s telah memberitahu,jika beriman kepada Allah s.w.t,maka Allah tambah lagi nikmat yang ada padanya.Akan tetapi firaun menolak keteranganya.Firaun ini tidak mahu beriman,malah mengugut orang lain juga sesiapa beriman kepada nabi Musa a.s,maka di potong kaki tangan mereka secara bersilang.Itulah dia firaun.Tapi mereka yang ingin beriman tetap beriman kerana mereka telah melihat mukjizat nabi Musa .a.s.mereka lebih takutkan Allah dari firaun.Sedang azab Allah s.w.t amatlah keras.Tukang-tukang sihir itu ada diantaranya beriman selepas mukjizat nabi Musa a.s bukanlah sihir seperti mereka gunakan.Mereka sendiri tahu beza antara sihir dengan mukjizat.Lalu berimanlah segelintir darinya.Sebahagianya mungkin ada yang ingin beriman,akan tetapi tidak berani meneruskan niat,kerana firaun pasti memarahi mereka,dan itu terbukti apabila firaun memberikan peringatan keras.

Tapi firaun lupa bahawa,kesejahteran itu penting bagi kehidupan hari kemudian.Mengapa firaun mengaku dia tuhan,tetapi tidak mampu untuk mengelak atau menangkis segala bentuk bala bencana yang singgah pada rumahnya,hatta di dalam tempat tidurnya pula terdapat katak.Mengapa ketika firaun mandi,air yang mengalir tiba-tiba berubah menjadi merah,iaitu menjadi darah ?firaun merasai dan melihat bukti-bukti bahawa siapa yang mengarahkan itu semua.Tetapi dia tidak mengakuinya.

Bilamana Firaun istihar perang pada nabi Musa as,Allah tidak bertoleransi lagi.Ini mendatangkan kemurkaan Allah.Maka firaun menerima azab di laut.Melihat ajal menjemput barulah firaun nak beriman,akan tetapi,taubat dan keimananya sudah tidak berguna lagi ketika melihat ajal samapi.Di dalam surah al-Quran ada ayat yang menyebut bahawa Allah akan mengazab firaun di dalam neraka.

Rabb berfirman bahawa "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.(Surah Yunus:91)


Firaun Dimasukan Kedalam Neraka


Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya! Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini? Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: “Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hukuman-Nya di antara sekalian hamba-Nya.” (Surah Ghaafir:46)

Telah ada waktu yang baik untuk beriman,antaranya sewaktu hidup.Waktu yang tidak diterima imanya adalah ketika selepas atau ketika sedang melihat sakratulmaut.dan biasa terdengar adalah selepas terbit mahatari di barat.ada juga riwayat lain menyatakan tidak ada guna iman sesudah munculnya dajjal.iman sebelum dajjal penting kerana dapat menhindari fitnah dajjal.tanpa iman,sukar untuk membenteng diri kerana pada siapa lagi untuk kita harapkan pertolongan jika tidak ada iman kepada Allah.

Dimana disaat firaun ingin mengakui bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Satu,datanglah malaikat Jibril a.s membawa pasir atau lumpur laut lalu disumbatkan ke mulut firaun untuk mengelak firaun dari sempat mengucapkan lafaz laa illa ha illallah.

Didalam hadits terdapat riwayat mengungkap akan keinginan Firaun mahu bertaubat dan beriman,
Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Firaun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”(HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145]).

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunah-nya dari Ibnu Abbas bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Manakala Allah menenggelamkan Fir'aun, dia berkata, 'Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang yang dipercayai oleh Bani Israil.'" (Yunus: 90). Jibril berkata, "Wahai Muhammad, seandainya kamu melihatku mengambil Lumpur laut, lalu aku suapkan di mulutnya kerana aku takut rahmat mendapatinya."Abu Isa berkata, "Ini adalah hadits hasan."

Malaikat Jibril telah menyaksikan bagaimana mereka ditenggelam dan dihancurkan oleh Allah. Pada suatu hari malaikat Jibril telah menemui rasulullah S.A.W dan menceritakan mengenai keadaan Firaun ketika hampir mati lemas yang mana dia telah mengucapkan : Aku telah beriman bahawasanya tiada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel. Melihat perkara ini menyebabkan Jibril terus mengambil tanah dari dasar laut lalu menyumbatnya ke mulut Firaun.Ini adalah bertujuan untuk mengelak Firaun daripada sempat mengucap kalimah tauhid. Jibril bimbang jika Firaun dapat mengucapkannya akan menyebabkan Firaun mendapat rahmat Allah dan taubatnya diterima sedangkan sebelum ini dia merupakan musuh Allah dan rasulNya yang paling ketat dan sentiasa menzalimi mereka yang beriman.

Kebencian Jibril Kepada Firaun Dan Doa Nabi Musa a.s


Tindakan Jibril ini merupakan satu tindakan untuk menunjukkan perasaaan terlalu marah dan benci kepada kezaliman dan kekufuran serta kefasadan yang ada pada diri Firaun yang mana sepanjang hidupnya dia sentiasa memerangi mereka yang beriman dan juga membawa fitnah yang besar kepada mereka.Mungkin menjadi tanda tanya kepada kita mengapa Jibril tidak membiarkan sahaja Firaun mengucap kalimah tauhid sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu. Jawapannya adalah seseorang hamba yang benar-benar beriman sehingga timbul di dalam hatinya perasaan terlalu benci kepada mereka yang zalim dan kufur yang menyebabkan mereka berdoa kepada Allah agar tidak menerima taubat mereka yang zalim dan tidak menganugerahi kepada mereka sebarang rahmat. Ini dapat dilihat kepada apa yang berlaku kepada nabi Musa yang mana baginda a.s memohon agar Allah menutup hati Firaun dan pengikutnya sehingga mereka melihat azab Allah yang pedih sebagaimana maksud ayat 88 surah Yunus: Musa berkata (didalam doanya) : 

Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Firaun dan pembesar-pembesar kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Wahai Tuhan kami! akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalan Engkau. Wahai Tuhan kami! binasakanlah harta benda mereka dan tutuplah hati mereka maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat seksaan yang pedih.

Dalam kisah Firaun ini,adalah menjadikan pengajaran bahawa tidak menjadi kerugian disisi Allah,dan Rasul-Nya,Nabi-Nabi-Nya,dan orang-orang beriman,jika seseorang tidak mahu beriman.

Telah banyak berlaku kisah-kisah umat terdahulu sebagai contoh terhadap peraturan Allah yang tetap.Perhatikanlah bagaimana kesudahan mereka yang mendustakan Rasul-rasul.Mereka itu ada yang diberi tempoh hingga sebelum ajal tiba.Iaitu sebelum menemui ajal.Pintu taubat untuknya ditutup.

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

(A-li'Imraan 3:137)





This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Taubat Firaun Ditolak

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×