Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cinta Yang Belum Tamat ~ EE

Darina....

Perkenalan kita tidak lah seindah mana. Atas dasar kerja aku sampai kerumah sewa korang.. Tugas sebagai pemasang modem internet mempertemukan kita. Aku masih ingat kau lari sewaktu aku mencari alamat rumah sewa kau.. Kau lari kerana terkejut atas kehadiran aku.. Comel, sangat comel waktu itu. Aku yakin kawan kawan serumah kau juga perasan yang aku hanya terpaku melihat kau.Tapi aku cuba juga mengalihkan perhatian aku dari terus memandang kau.Namum akhirnya aku beranikan diri meminta no talifon kau dari kawanserumah kau.


Perkenalan itu tak berakhir hanya disitu. Aku terus berhubung dengan kau untuk mengenali kau. Aku tak tahu aku jatuh cinta atau tidak pada waktu itu. Aku hanya suka, aku tertarik. Namun pada waktu itu, aku masih terluka kerana cinta yang kubina bersama bekas kekasih aku terputus di tengah jalan kerana hadirnya orang ketiga. Oleh kerana itu, banyak luahan hati aku yang mengisi topik perbualan kita setiap kali kita berhubung. Aku cepat marah, cepatmenengking apabila aku terfikir perbuatan bekas kekasih aku. Namunkau sabar melayan karenah tak matang aku tue. Sayang, perasaan sayang wujud sedikit demi sedikit apabila kita lebih banyak meluangkan masa bersama.

Pada waktu itu kau masih belajar di sebuah institusi. Cita cita kau ingin menjadi pendidik dan mendidik kaum kaum yang berada jauh di kampung kau di sabah. Dan aku hanyalah bekerja sebagai pendawai yang bekerja dengan org lain. Jadi aku tidaklah mempunyai pendapatan yang banyak. Disebabkan itu, kita hanya banyak keluar dating di gerai gerai tepi jalan je. Namun kau tetap mahu menjadi orang yang sentiasa dibelakang aku. Kau sabar dengan semua karenah bodoh aku. Kau hadapi semua marah marah aku dengan senyuman dan nasihat yang berguna kepada aku.

Cinta, aku jatuh cinta bila kau sabar dan setia menjadi teman suka duka aku..

Walau agama membezakan kita, namun perasaan sayang dan cinta itu wujud tanpa kita menduga. Indahnya perasaan itu jika kau mengerti sayang. Kau terus memberi semangat kepada aku untuk berubah dan mencari kejayaan dalam hidup. Kau ada banyak idea utk mengubah masa depan aku. Sehinggalah aku menjadi seorang usahawan. Aku bangga dengan adanya kau dalam hidup aku. Aku bangga dengan kawan2 aku memiliki seorang gadis yang comel dan sangat mengambil berat terhadap aku.


Aku mula rasa kehilangan selepas tiga tahun kau ada dengan aku. Kau perlu posting kerja di sarawak. Namun kita masih terus berhubung dan aku kerap kesana untuk berjumpa dengan kau. hubungan kita berlanjutan sehingga 8 tahun. Kasih dan sayang aku kepada kau tidak pernah berubah. Malah aku makin sayang dan rindu pada kau. Kau juga selalu datang ke semenanjung untuk kita berjumpa. Aku rindu saat saat kita bersama sayang. Aku merasakan aku lah orang paling bahagia pada waktu itu. Walaupon jarak memisahkan kita, tapi hati kita terus saling sayang.

Pada tahun kelima kita bersama, perubahan sikap kau mula kelihatan. Aku selalu dipersalahkan jika berlaku apa2 pertengkaran. Sehinggalah pada suatu hari kau jujur beritahu aku yang kau mengenali lelaki lain. Hubungan kau dengan dia di sukai oleh keluarga kau. Sedangkan aku adalah lelaki yang tidak seagama dengan kau dan selalu di tentang keluarga. Aku minta kau imbas kembali saat kita bersama dulu.

Aku tahu kau juga dapat rasakan apa yang aku rasa. Disebabkan rasa bersalah
kau minta maaf dengan aku dan memutuskan hubungan dengan dia. Aku rasa bagai mati hidup semula.. Namun aku sedar, hubungan kita tak akan berkesudahan jika tidak ada diantara kita yang sanggup tukar agama. Aku memang tidak sanggup tukar agama aku, begitu juga dengan kau. Hubungan kita berterusan sehingga kini. Namun kau sudah berubah Kau sudah ingin memilih untuk berpisah. Namun aku masih sayang dan disebabkan perasaan aku kau bertahan... Hingga saat ini, aku Tak Tahu Apa akhirnya. Namun, jauh disudut hati aku, aku sedar hubungan ini sudah sampai penghujungnya. Aku hanya perlu redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Lapan tahun bukanlah satu masa yang singkat pada aku. Lapan tahun hubungan itu aku jaga dengan penuh setia. Namun aku tahu, kau harus tinggalkan aku suatu hari nanti.

Sayang, jika suatu hari nanti awk tinggalkan saya, janganlah awak pernahlupakan saya. Jika suatu hari nanti awk sudah berkeluarga, saya akan sentiasa doakan kebahagiaan keluarga awak. Sayang, sejujurnya saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan kini.Apa yang saya tahu, setiap kali awak marah dan ingin memulakan pergaduhan, saya sangat takut. Saya hanya berdiam. Saya cuba buang perasaan sayang saya seperti awak suruh. Saya juga cuba keluar dengan perempuan lain seperti awak suruh. Tapi sayang saya pada awak tak pernah hilang. Saya tak tahu apa perlu saya lakukan. Dan saya tak tahu bagaimana saya nak luahkan lagi. Saya redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

Kepada yang membaca, komen dari anda amatlah diperlukan. Terima kasih.



Kisah Hati EE,
Kedah


This post first appeared on LUAHAN RASA HATIKU, please read the originial post: here

Share the post

Cinta Yang Belum Tamat ~ EE

×

Subscribe to Luahan Rasa Hatiku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×