Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

3 Sekeluarga Maut Dikelar Dan 2 Lagi Cedera Parah



Melaka: Tiga sekeluarga maut dan dua Lagi Cedera Parah selepas dikelar oleh seorang lelaki Dipercayai Ahli Keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.


Menurut beliau, dua orang lagi mangsa wanita berusia berusia 24 dan 27 Tahun Mengalami Kecederaan parah di bahagian bahu, seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

"Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - kredit


Kredit foto: Page Sayangi Melaka

Sumber: Harian MetroBerita Harian



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

3 Sekeluarga Maut Dikelar Dan 2 Lagi Cedera Parah

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×