Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kanak-Kanak Hilang Ditemui Tidak Bermaya Selepas Dikurung Selama 6 Hari



Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 10, yang telah dilaporkan hilang pada 19 Ogos lalu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Lorong Mat Kilau, di sini, awal pagi tadi, laporHarian Metro.


Mangsa ditemui oleh anggota Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan kira-kira jam 2.20 pagi itu kelihatan tidak Bermaya Selepas Dikurung kira-kira enam hari dengan hanya makan roti dan sedikit air sebagai pengalas perut seorang wanita dipercayai kurang siuman

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai, suspek berusia 37 tahun enggan membuka pintu untuk memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dan menemui mangsa bersama dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan 15 tahun.

"Siasatan awal mendapati, selama enam hari dikurung di rumah itu mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman selain suspek juga mengunci pintu bilik bagi mengelak mangsa melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, ibu kepada Amirul, PuanMime Azura Mohd Noor, 33, resah apabila anaknya hilang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tengah, di sini, 6.30 petang Jumaat lalu. - sumber


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Kanak-Kanak Hilang Ditemui Tidak Bermaya Selepas Dikurung Selama 6 Hari

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×