Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita Maut Dihempap Besi Kren Di Jalan Raja Chulan



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi yang Dipercayai Terjatuh Daripada sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, Khamis malam.

Dalam kejadian 7.20 malam itu, besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa. 


Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Samsol Maarof Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 7.21 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian. 

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Pudu dan Hang Tuah dengan kekuatan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya. 

Beliau berkata kerja-kerja mengalihkan besi yang menimpa kereta berkenaan sedang dilakukan. -Bernama


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Wanita Maut Dihempap Besi Kren Di Jalan Raja Chulan

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×