Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Raksasa Pokemon Go Didakwa Rogol Wanita


MOSCOW: Seorang Wanita di sini membuat laporan polis kerana mendakwa salah satu watak raksasa kartun permainan Pokemon Go cuba merogolnya.


Wanita berkahwin yang namanya dirahsiakan itu juga mendakwa kejadian itu berlaku apabila dia tertidur apabila terlalu leka dan penat bermain Pokemon Go.

Dakwanya lagi, sebaik terjaga dari tidur, raksasa Pokemon itu berada di atas badannya.
Bagaimanapun, kata Wanita Itu lagi, watak Pokemon itu hilang sebaik dia bangun dari katil.
Pada masa sama, aplikasi Pokemon Go pada telefonnya masih dapat mengesan watak sama berada di katilnya.
Susulan itu, wanita berkenaan mengejutkan suaminya dan memaklumkan kejadian itu tetapi kecewa apabila diminta menemui pakar sakit jiwa kerana tidak mempercayainya.
Laman web Russia, Bloknot melaporkan, pihak polis juga tidak mempercayai dakwaan wanita itu dan memintanya mendapatkan rawatan sakit jiwa.
Selain itu, rakannya, Iwan Makarov berkata, terlalu banyak watak Pokemon di kediaman wanita itu hinggakan anjing peliharaanya juga menyalak kerana dapat mengesan kehadiran raksasa kartun itu.
Permainan yang menjadi kegilaan ramai itu telah dimuat turun 15 juta kali pada minggu pertama aplikasi itu diperkenalkan secara percuma di Amerika Syarikat pada Julai lalu.
-mstar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Raksasa Pokemon Go Didakwa Rogol Wanita

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×