Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Padah padam Palestin dalam peta

Carian untuk 'Palestin' dalam Google Maps tidak menghasilkan rujukan sempurna kepada entiti terbabit sebaliknya hanya memaparkan peta kosong Israel dengan kawasan Gaza, Judea dan Samaria ditandakan dengan garisan sempadan tidak jelas tanpa menyebut butirannya


RAMALLAH - PALESTIN. Syarikat enjin pencari gergasi, Google menerima kecaman seluruh dunia selepas ia menggantikan nama Palestin pada aplikasi petanya dengan Israel.


Barisan Hadapan Wartawan Palestin (PJF) turut menyelar tindakan terbabit yang dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Tel Aviv untuk menubuhkan negara yang sah bagi generasi akan datang dan pada sama menghapuskan Palestin selama-lamanya.

Menurut jurucakapnya, tindakan itu juga adalah sebagai cubaan untuk memutarbelitkan sejarah dan geografi serta hak penduduk Palestin ke atas tanah air mereka.

Susulan itu, PJF mendesak Google supaya melakukan perubahan semula pada aplikasi peta terbabit memandangkan langkah itu bertentangan dengan semua norma dan konvensyen antarabangsa. - middleeastmonitor.com

Orang ramai di seluruh dunia kini sedang menandatangani satu petisyen yang telah dilancarkan di Change.org untuk menggesa Google meletakkan kembali negara Palestin di dalam servis Google Mapnya setelah ia diganti dengan nama Israel.


Difahamkan, petisyen yang diberi tajuk "GOOGLE: Put Palestine On Your Maps!" itu sudah dilancarkan lima bulan yang lalu namun mula mendapat perhatian dunia apabila perkara itu menjadi viral di media sosial setelah seorang jurnalis Palestin memulakan kempen atas talian untuk menggesa Google meletakkan semula nama Palestin semula.

Setakat ini, seramai 187,710 orang telah menandatangani petisyen yang menyasarkan target sebanyak 200,000 orang.

Screenshot dari Change.org


Selain di Change.org, netizen seluruh dunia turut mengecam tindakan Google itu di laman Twitter dengan menggunakan hashtag #PalestineIsHere.

Malah, netizen juga turut mempersoalkan perkara itu di akaun rasmi Google di Twitter dan juga Facebook.


Sumber : Change.orgRt.com

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Padah padam Palestin dalam peta

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×