Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Anggota Polis Maut, Rakan Setugas Tertembak


SERDANG: Seorang Anggota polis berpangkat sarjan maut Selepas Terkena Tembakan secara tidak sengaja oleh rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Mangsa berusia 57 tahun mengalami cedera parah di kepala selepas terkena tembakan daripada anggota berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun dari dalam bilik stor senjata di IPD Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, anggota yang bertugas di stor berkenaan menarik picu pistol jenis 'Walther PPK' sebagai prosedur biasa memeriksa pistol. 
"Anggota berkenaan tidak menyangka terdapat satu lagi peluru di dalam pistol berkenaan. 
"Peluru pistol itu menembusi tingkap di bilik berkenaan dan terkena mangsa yang berada di luar," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.
Beliau berkata, mangsa dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Serdang itu berada kira-kira 70 meter dari bilik berkenaan.
"Ketika itu mangsa sedang memeriksa enjin kereta sebuah kenderaan MPV di kawasan luar," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.45 petang.
Megat Mohd Aminuddin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan anggota itu dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. - Bernama


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Anggota Polis Maut, Rakan Setugas Tertembak

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×