Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kutuk Kicap Bumiputera, Azwan Dituntut Minta Maaf Atau Disaman


SELEBRITI sensasi Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar Kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.


Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan Adnan Seman, notis tuntutan telah dikeluarkan 12 Januari lalu bagi menuntut Azwan menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam  tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.
“Pada 12 Januari kita sudah keluarkan satu surat tuntutan berkaitan kenyataan dikeluarkan oleh Azwan Ali melalui akaun Instagram ‘divaazwanavazz’.
“Tuntutan selama 14 hari ini secara ringkasnya pertama, untuk beliau mengeluarkan kenyataan mohon maaf secara bertulis kepada Anak Guam kami dan juga mengeluarkan satu akujanji untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun video yang tidak benar serta bersifat fitnah terhadap produk keluaran anak guam kami.
“Kita juga menuntut permohonan maaf secara bertulis yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan. Beliau di Instagram memaklumkan menerima notis tuntutan dan nampaknya bersedia untuk disaman.
“Azwan ada masa sehingga 26 Januari ini, sekiranya tidak memenuhi tuntutan saya akan berbincang dengan anak guam sama ada ingin meneruskan saman atau tidak,” katanya dalam satu sidang media pada hari ini.

Sedutan babak Iklan komersil Kicap Tirana Yang dilakonkan Datuk Aznil Nawawi.
Pemilik bersama syarikat kicap tersebut Dr  Hilmi Murad Mohamed berkata, tindakan Azwan memberikan impak yang  buruk kepada syarikat dan mengharapkan selebriti terbabit menjernihkan kembali keadaan.
Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Azwan di laman Instagramnya itu melampau perkara itu hanya diketahui beliau selepas tiga hari iklan Kicap Tirana disiarkan di  televisyen, hujung tahun lalu.
“Komen-komen yang diberikan agak pedas dan melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk  ada cara untuk tegur.  Kita orang Melayu dan beragama Islam.. ada  cara yang lebih beradab.
“Komen-komen sedemikian tidak mencerminkan  peribadi dan imej yang baik seterusnya beri kesan buruk terhadap jenama. Kami tidak boleh terima,” katanya.
Hilmi turut menjelaskan, Datuk  Aznil Nawawi bukanlah duta kepada produk berkenaan sebaliknya terlibat sebagai pelakon dalam iklan komersil sahaja.
“Dia bukan duta tapi terlibat dalam iklan, jadi untuk isu ini tiada perjumpaan dengan Pak Nil,” jelasnya.
Azwan menerusi laman Instagramnya sebelum ini, memuat naik komen dan video berunsur provokasi ke atas iklan Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen, menampilkan Aznil Nawawi.
Azwan turut mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma.
Sumber: The Rakyat Post



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Kutuk Kicap Bumiputera, Azwan Dituntut Minta Maaf Atau Disaman

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×