Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Terima Bungkusan Selepas Pengebumian

Bungkusan daripada Ahmad Sobri yang diterima Mohd Shazwan, petang Ahad.

KUALA TERENGGANU: Ia hari menyedihkan bagi Mohd Shazwan Kamaluddin apabila melihat jenazah rakannya sejak kecil, Konstabel Ahmad Sobri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Mek di Kuala Nerus, awal pagi Ahad.
Lebih sebak apabila Mohd Shazwan menerima satu bungkusan kira-kira pukul 5.05 petang pada hari yang sama dari Ahmad Sobri Yang dikirim kepadanya sehari sebelum rakannya itu menaiki helikopter malang tersebut.

"Apabila saya menerima bungkusan tersebut dengan nama rakan saya sebagai pengirim, lutut saya jadi lemah dan saya hampir pitam.
"Saya kemudian teringat ini adalah bungkusan yang dikirim rakan saya itu dari Sarawak sebagai hadiah kepada saya dan juga ibu bapa saya yang dimaklumkannya menerusi panggilan telefon pada Rabu.
"Saya tidak berdaya untuk membuka bungkusan itu dan menyerahkannya kepada ibu bapa Ahmad Sobri. Biarlah mereka yang pertama membuka dan menerima hadiah tersebut daripada arwah anak mereka," kata Mohd Shazwan yang juga jiran Ahmad Sobri di Kampung Bukit Chempaka, Batu Rakit di sini.
Jelas Mohd Shazwan, beliau masih ingat semasa panggilan telefon, Ahmad Sobri menyebut telah menghantar beberapa ekor ikan dan pakaian kepada ibu bapanya.
Mohd Shazwan menyifatkan Ahmad Sobri yang juga pengawal peribadi Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, sebagai rakan yang baik dan amat mengambil berat orang lain.
Mereka sering berhubung dan berbalas mesej sebelum Ahmad Sobri menaiki helikopter dari Betong ke Kuching pada Khamis.
Ahmad Sobri turut mengambil beberapa keping gambar sebelum helikopter itu berlepas.
Helikopter malang jenis Eurocopter AS350 yang membawa lima penumpang lain dan semuanya maut dalam kejadian itu dipercayai akibat disambar petir.
Selain Ahmad Sobri dan Noriah helikopter itu turut dinaiki suami Noriah, Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Turut berada di dalam pesawat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
-mstar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Terima Bungkusan Selepas Pengebumian

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×