Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mayat Terakhir Tragedi Helikopter Terhempas Ditemui



SRI AMAN: Mayat Terakhir mangsa nahas helikopter yang terhempas di Sebuyau telah ditemui kira-kira jam 10.45 pagi tadi di kawasan Triso, di sini.

Menurut pihak Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Dato Abd Aziz Yusof , mayat terakhir berkenaan telah tiba di pusat operasi di jeti Lingga kira-kira jam 11.05 pagi tadi.


"Pihak polis mengesahkan kesemua keenam-enam mangsa telah ditemui, seperti semua sedia maklum hanya mayat juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas merupakan mangsa terakhir."

"Seperti kebiasaannya kita tidak boleh mengesahkan sehingga pihak hospital yang mengesahkan," katanya dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, walaupun kesemua Mangsa Telah Ditemui, operasi mencari bangkai helikopter akan diteruskan. 



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Mayat Terakhir Tragedi Helikopter Terhempas Ditemui

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×