Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan mungkin akibat vandalisme

ANGGOTA Bomba Dan Penyelamat Pelabuhan Klang membuat pemantauan selepas berlaku kebakaran melibatkan kabel bervoltan tinggi di bawah jambatan muhibbah menghala Pelabuhan Barat. - Foto Faiz Anuar
KUALA LUMPUR: Kebakaran kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah Jambatan Pulau Indah, Pelabuhan Klang, 5.30 pagi Khamis disyaki akibat perbuatan vandalism.

 TNB dalam satu kenyataan berkata, walaupun siasatan penuh masih dijalankan, siasatan awal mendapati ia berpunca vandalisme.

 Gangguan bekalan hanya sementara kerana pihak TNB mampu menyalurkan bekalan tenaga alternatif di kawasan terjejas kebakaran.

Mengikut kenyataan itu lagi, api dapat dikawal sepenuhnya dan TNB serta bomba masih berada di tempat kejadian untuk memantau keadaan. 

Semalam, akhbar melaporkan, Jambatan Pulau Indah masih ditutup kepada pengguna berikutan pemeriksaan terhadap kabel elektrik TNB di bawah jambatan itu yang terbakar. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya dapat memadamkan sepenuhnya Kebakaran Kabel itu kira-kira 10 malam semalam, namun pemeriksaan menyeluruh terhadap kabel sedang dilakukan Jabatan Kerja Raya.

 Pengguna diminta supaya menggunakan jalan alternatif berikutan kabel TNB bervoltan tinggi 33 kilovolt di tengah jambatan berkenaan terbakar. 

Laluan di kedua-dua arah di atas jambatan ditutup kepada lalu lintas kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam dan trafik dari Pulau Indah terpaksa dialihkan ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

-bharian


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan mungkin akibat vandalisme

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×