Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Khairul Idham Cipta Sejarah Juara GP Argentina, Dapat Pujian Kerana Lari Dari Arak


Pelumba motoGP Malaysia,  Khairul Idham Pawi yang yang memenangi tempat pertama Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina telah menerima pujian orang ramai apabila dikatakan memberikan contoh menarik kepada Pelumba Islam dan orang lain.

Mana tidaknya, viral hari ini video yang memaparkan tindakannya melarikan diri dari podium bagi mengelakkan dirinya disembur arak yang dibuka oleh pelumba bukan beragama Islam.

Ternyata tindakannya itu mendapat pujian pelayar laman sosial yang beragama Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan negara luar.

Selain itu, apa yang membanggakan juga, kemenangan Idham sekaligus menyaksikan nyanyian lagu Negaraku berkumandang buat kali pertama pada kejohanan motosikal utama dunia itu.



Bagaimanapun nasib amat tidak menyebelahi seorang lagi pelumba negara iaitu Adam Norrodin apabila dia bersaing untuk tempat kedua telah terjatuh pada selekoh terakhir iaitu hanya 20 meter dari garisan penamat. -Sumber




PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Khairul Idham Cipta Sejarah Juara GP Argentina, Dapat Pujian Kerana Lari Dari Arak

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×