Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Juruterbang Meninggal Dunia Ketika Sedang Bertugas

Kapten Walid Mohammed Al-Mohammed

SEORANG juruterbang syarikat penerbangan Saudi Arabia, Kapten Walid Mohammed Al-Mohammed disahkan meninggal dunia ketika sedang mengendalikan pesawat Airbus A321 yang berada di ketinggian 34,000 kaki di udara, baru-baru ini.


Kapten tersebut dipercayai Meninggal Dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan selepas bertolak dari Lapangan Terbang Bisha, Asir menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh.
Difahamkan sebanyak 220 penumpang berada dalam pesawat tersebut dan sebaik kapten itu pengsan, pembantu juruterbang, Rami Ben Ghazi terus memaklumkan kecemasan kepada staf perubatan namun mangsa disahkan sudah Meninggal dunia.
Rami kemudian mengambil alih tugas Kapten sehingga mereka sampai ke destinasi yang ditujui tanpa sebarang masalah yang timbul.

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Juruterbang Meninggal Dunia Ketika Sedang Bertugas

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×