Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Suami Isteri Godam Touch 'n Go Ditahan

Peralatan yang dirampas. FOTO Norizuan Shamsuddin


Petaling Jaya: Suami isteri berusia 40-an ditahan selepas dikesan menggodam Kad Tambah Nilai Touch 'n Go, dengan menambah nilai tanpa kebenaran sehingga maksimum RM1,500 pada 9.30 malam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mereka ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) .


Katanya, hasil serbuan di kediaman mereka, komputer riba, kad tambah nilai, alat elektronik Smart Tag dan telefon bimbit dirampas.

"Mereka dikesan menggunakan perisian yang di muat turun menerusi rangkaian internet sebelum memindahkan aplikasi terbabit di dalam telefon bimbit untuk menggodam kad tambah nilai Touch n Go.



"Menerusi aplikasi berkenaan mereka melakukan tambah nilai tanpa kebenaran sehingga had maksimum RM1,500 tanpa kebenaran pihak Touch ‘n Go.

"Siasatan mendapati mereka menggunakan kad terbabit untuk bayaran tol dan membeli barangan di pasar raya yang membenarkan pengunaan kad Touc ‘n Go," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, pagi tadi.

Mohd Zani berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 27 Februari lalu dan kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi menunggu siasatan terhadap transaksi kad digunakan menerusi kerjasama dengan syarikat Touch 'n Go Sdn Bhd.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
-hmetro

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Suami Isteri Godam Touch 'n Go Ditahan

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×