Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Konstabel Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah


ALOR SETAR: Seorang konstabel polis pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima dan meminta suapan Daripada Seorang Wanita membabitkan jumlah RM2,400, dua tahun lepas.
Tertuduh Mohammed Noriskand Othman, 30, yang bertugas di Balai Polis Kuah, Langkawi bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas jurubahasa membacakan tiga pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada 14 Jun 2014, pada pukul 8.30 pagi di pondok bit jeti Kuah, Langkawi, Didakwa Secara Rasuah menerima suapan wang tunai sebanyak RM100 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk Tidak Mengambil Tindakan terhadapnya yang ketika itu disyaki membawa daun ketum.
Untuk pertuduhan kedua, Mohammed Noriskand pada tarikh, masa dan tempat yang sama didakwa secara rasuah meminta suapan wang tunai sebanyak RM2,000 daripada wanita itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana disyaki membawa daun ketum.
Bagi kedua-dua pertuduhan Itu Tertuduh Didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Tertuduh juga turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu pada tarikh yang sama pada pukul 5.40 petang di Restoran Nasi Kandar A. Ajmal, Jalan Padang Gaong, Langkawi telah secara rasuah untuk memperolehi suapan daripada wanita itu sebanyak RM300 untuk dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang sama.
Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Seksyen 24(1) akta itu memperuntukkan penjarakan sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Zainol Rashid Hussain kemudiannya menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan juga bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguam bela.
Zainol Rashid juga menetapkan jaminan sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafiizh Abu Bakar.
-Mstar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Konstabel Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×