Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Harga Minyak Turun 20 Sen, Tengah Malam Ini ?



Kuala Lumpur – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka mengumumkan Harga baharu Minyak bermula 12 tengah malam ini.



Menurutnya penurunan tersebut susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Pada 1 Februari lalu, harga runcit RON97 turun sebanyak 20 sen kepada RM2.05 seliter manakala diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter.
Terdahulu Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata Penurunan Harga Minyak secara mendadak ini bakal menyebabkan ramai perniaga kecil gulung tikar.

“Kami tak sangka penurunan harga minyak menjadi begitu mendadak, sejak Disember 2014 sehingga Februari 2016 kenaikan minyak hanya berlaku sebanyak empat kali.

“Jika trend sebegini berterusan, dibimbangi banyak pengusaha stesen minyak khususnya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan gulung tikar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – SuaraTV


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Harga Minyak Turun 20 Sen, Tengah Malam Ini ?

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×