Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kakitangan MAS Ditahan Di Bangladesh Seludup 30 Kura-Kura


DHAKA: Tiga kakitangan Malaysia Airlines (MAS) ditahan kerana menyeludup 30 kura-kura di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal pada Jumaat malam, laporan akhbar harian Bangladesh, Prothom Alo.
Kesemua mereka merupakan timbalan pengurus stesen, Samiur Rahman, 35; pakar khidmat penumpang, Jewel Ahmed, 29; dan pengendali bagasi, Mizanur Rahman.
Ketiga-tiga mereka didenda Tk 1 lakh (RM5,150) setiap seorang oleh 

Menurut Prothom Alo, dua daripada mereka, Jewl dan Mizanur turut dijatuhkan hukuman penjara selama setahun.
Memetik pegawai penguatkuasa, Alamgir sebagai berkata, kura-kura itu dirampas di dalam tiga beg troli dengan tanda MAS di bahagian pelepasan di lapangan terbang pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan Jumaat.
Menurut laporan berkenaan, ketiga-tiga penumpang yang mahu menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur didapati tidak terlibat dengan Penyeludupan Itu selepas soal siasat dan pemeriksaan pada rakaman video.
Tambah pihak berkuasa, siasatan lanjut mendapati tiga kakitangan MAS terlibat dalam aktiviti penyeludupan itu bersama-sama dengan operator imbasan Penerbangan Awam, Hasan Parvez yang berjaya melarikan diri.
Pihak berkuasa penerbangan awam telah diarahkan untuk mengambil tindakan ke atas kakitangannya.
Sejumlah kura-kura itu kemudiannya diserahkan kepada Unit Kawalan Jenayah bagi Jabatan Hutan Hidupan Liar, Inspektor Ashim Mallick.
Beliau berkata, kesemua kura-kura itu yang bernilai Tk 10.5 lakh (RM1.05 juta) kemudiannya dilepaskan di Taman Safari Bangabandhu di Gazipur.  - The Daily Star/Asia News Network.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Kakitangan MAS Ditahan Di Bangladesh Seludup 30 Kura-Kura

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×