Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#EURO 2016 ~ Portugal Cipta Sejarah Menjuarai Kali Pertama Peringkat Antarabangsa

Portugal Menjadi Negara Kesepuluh Merangkul Piala ini. -Foto Facebook Uefa Euro 2016

PASUKAN bukan pilihan Portugal Berjaya merealisasikan impian menjuarai Euro 2016 menewaskan Perancis 1-0 di Paris sekaligus menjadi Negara Kesepuluh Merangkul piala berprestij itu.

Eder menjadi wira Portugal apabila gol tunggalnya di minit ke-109 menghadiahkan negaranya kejuaraan sulung di peringkat antarabangsa.

Pasukan tuan rumah Perancis mendominasi hampir keseluruhan perlawanan berdepan Portugal yang tempang tanpa Cristiano Ronaldo yang terpaksa dikeluarkan awal kerana cedera.

Bagaimanapun, kehilangan Ronaldo gagal dimanfaatkan Perancis untuk mendapatkan gol kemenangan dan Portugal berjaya bertahan sehingga akhir perlawanan.

Penjaring terbanyak kejohanan, Antoine Griezmann pada peringkat awal berpeluang membuka jaringan menerusi tandukan namun berjaya diselamatkan Rui Patricio.

Patricio sekali lagi dipaksa bekerja keras menyelamatkan gawang dari rembatan deras Moussa Sissoko sebelum menidakkan percubaan Andre-Pierre Gignac memasuki minit ke-90.

Skuad kendalian Fernando Santos seharusnya didepan menerusi sepakan percuma Raphael Guerreiro, namun percubaanya sekadar menggegar palang gol.

Walaupun hanya sempat beraksi selama lapan minit, Ronaldo masih cuba memainkan watak penting dengan memberi semangat kepada pasukannya di tepi padang untuk membantu pasukannya.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#EURO 2016 ~ Portugal Cipta Sejarah Menjuarai Kali Pertama Peringkat Antarabangsa

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×