Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#APA LAGI NI? ~ Pengguguran saya dari Bersatu tidak sah - Tun M


Alor Setar – Apa lagi yang Tun tidak puas hati? Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggugurannya sebagai calon pada pemilihan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai tidak sah.

Kata Tun, mahkamah masih belum membuat keputusan rasmi berhubung status keahliannya bersama beberapa bekas pimpinan Bersatu yang lain.

Menurut Tun lagi, mereka masih ahli Bersatu dan layak bertanding pada pemilihan sehingga mahkamah membuat keputusan pada 7 Ogos depan.
“Pengguguran (pencalonan) ini tidak sah, kami masih ahli Bersatu melainkan mahkamah kata pengguguran ini sah.

“Kami masih anggap kami sebagai ahli dan mahu bertanding jawatan (pemilihan Bersatu). Pencalonan kami (jawatan pengerusi) digugurkan tanpa ada lawan,” katanya selepas program BERSATU Blackout, semalam.

Mengulas pengosongan jawatan Pengerusi selepas keahlian beliau digugurkan, Dr Mahathir berkata, tindakan itu dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Kita tak peduli apa Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) nak buat, kerana ia tidak mengikut perlembagaan parti.
“Kalau nak tukar, gugur apa pun kena bawa kepada pindaan perlembagaan dan MPT,” katanya.
Menurutnya, semua tindak-tanduk Muhyiddin tidak mengikut peraturan parti.

“Tidak ada sistem langsung bawah kepimpinan Muhyiddin, beliau singkir begitu ramai orang termasuk saya,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata, pihaknya akan terus berusaha sebaik mungkin berdepan kemelut parti itu.

“Kami akan usaha supaya kalau ada sesuatu usul dibawa dalam Parlimen, kita mungkin undi seramai boleh kerana mungkin mereka tak cukup orang,” katanya.

Menurut Tun lagi, ramai akar umbi tidak menyenangi kerajaan pimpinan Muhyiddin dan menyokong perjuangan asal Bersatu yang diasaskan beliau.




Keahlian Dr Mahathir bersama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Bersatu tergugur kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.


Turut tergugur keahlian adalah bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berikutan itu, pencalonan Dr Mahathir bagi jawatan pengerusi, Mukhriz bagi jawatan timbalan presiden dan Syed Saddiq bagi jawatan Ketua ARMADA untuk pemilihan Bersatu, turut tergugur.

Muhyiddin menang tanpa bertanding Presiden Bersatu

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Presiden Bersatu, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu pada pemilihan parti itu bulan depan.

-malaysiatrending.com



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#APA LAGI NI? ~ Pengguguran saya dari Bersatu tidak sah - Tun M

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×