Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#MEROYAN ~ Khairuddin Berharap Azmin, Hishammuddin Jilat Tun Mahathir Semula!


Kuala Lumpur – Dek kerana terdesak, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menaruh harapan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan daripada beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ianya berikutan selepas Bekas Perdana Menteri itu hilang sokongan dan kepercayaan dari pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Bagi memastikan Tun Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri semula. Khairuddin menyeru Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berganding bersama Mahathir.

Bekas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin itu juga mengimpikan agar pimpinan Pas akan turut menyokong Tun Mahathir bagi membina satu gagasan politik baharu di negara ini.



Dalam satu kenyataan hari ini, Khairuddin menganggap perjuangan Mohamed Azmin, Hishammuddin dan Pas hanya membuang masa.

Katanya pemimpin-pemimpin yang bermasalah dari UMNO hanya mementingkan agenda peribadi serta tamak kuasa semata-mata.

Kenyataan sumbang Khairuddin itu seolah-olah cuba memancing perhatian untuk menunjukkan beliau boleh mendapat sokongan daripada Pas.

Dalam pada itu Khairuddin itu cuba meretakkan hubungan Pas dengan UMNO yang sudah menjalin hubungan rasmi melalui Muafakat Nasional (MN).

“Saya sentiasa berdoa agar Azmin Ali, Hishamuddin dan Pas berjuang bersama Mahathir ke arah menubuhkan satu gagasan politik baharu.
“Kerajaan PN sedang membela dan akhirnya akan membebaskan kesemua pemimpin-pemimpin UMNO yang menghadapi pertuduhan di mahkamah.
“Perdana Menteri tiada pilihan demi untuk menjaminkan jumlah ahli-ahli parlimen mencukupi bagi mengekalkannya sebagai tokoh pemimpin nombor satu negara,” katanya.

Jelas Khairuddin, dia bersyukur dengan pendirian Mahathir yang berada di blok bebas dan mempertimbangkan bagi menubuhkan sebuah parti politik baharu.

“Sambutan dan respon dari rakan-rakan politik serta rakyat akar umbi amat memberangsangkan.
“Semua sedang menanti penubuhan parti baru Mahathir,” katanya.

Terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima Ahli Parlimen, mengambil langkah membentuk blok Bebas dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Perpecahan dalam Pakatan Harapan berlaku disebabkan perebutan jawatan Perdana Menteri yang menjadi punca utama keruntuhan PH. PKR tidak lagi percaya Mahathir, tidak sokong beliau jadi Perdana Menteri.

Tun Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003 sebelum kembali menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Selepas PH berjaya menumbangkan BN pada PRU-14, tetapi Tun hanya berada di kerusi itu selama 22 bulan apabila PH tumbang.

-Malaysia Trending


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#MEROYAN ~ Khairuddin Berharap Azmin, Hishammuddin Jilat Tun Mahathir Semula!

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×