Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#MEMBIMBANGKAN ~ Kes COVID-19 di AS terus meningkat

Kakitangan pusat ujian Covid-19 pandu lalu di Stadium Dodgers, Los Angeles, mengendalikan trafik berikutan peningkatan ketara penularan virus itu. - Foto AFP

LOS ANGELES : Jumlah Kes Baharu dan kematian akibat COVID-19 terus meningkat di Amerika Syarikat (AS) semalam, dengan Texas serta Oklahoma mencatatkan rekod terbaru.

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Texas melaporkan 10,791 kes baharu serta 110 kematian dan berkata kedua-dua perangkaan itu adalah rekod baru bagi negeri terbabit.


Oklahoma, yang gabenornya, Kevin Stitt, diuji positif COVID-19 semalam, merekodkan 1,075 kes baharu hanya dalam tempoh sehari.

Alabama turut mencatatkan rekod dengan 47 kematian, iaitu yang tertinggi dalam tempoh sehari.

Wabak berkenaan menular dengan begitu pantas di negeri lain, khususnya Florida, yang merekodkan hampir 302,000 kes sejak pandemik itu melanda AS.

California juga menyaksikan peningkatan sejak beberapa minggu lalu, memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung sekali lagi.

Negeri itu semalam melaporkan kenaikan kedua tertinggi bagi kes baharu dan jumlah kematian iaitu 11,125 jangkitan dan 140 kematian.

Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Los Angeles County, Barbara Ferrer, berkata LA County berdepan pandemik dalam fasa bahaya dan membimbangkan.


"Trend membimbangkan ini adalah kesan daripada senario yang berlaku sejak tiga minggu lalu.
"LA County merekodkan 44 kematian dan 2,758 kes baharu dalam tempoh 24 jam, manakala terdapat 2,193 pesakit yang masih dirawat di hospital daerah ini akibat COVID-19," katanya.

AS selaku negara paling terjejas di dunia akibat COVID-19 mencatatkan 3,609,252 kes jangkitan termasuk 139,985 kematian setakat hari ini.

Pada peringkat global pula, terdapat 13,659,212 kes jangkitan COVID-19 termasuk 585,586 kematian, manakala 7,973,858 mangsa disahkan sembuh setakat hari ini. - AFP

-BH Online


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#MEMBIMBANGKAN ~ Kes COVID-19 di AS terus meningkat

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×