Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SINDIKET ~ Polis dedah 12 pelaburan online 'jerat' mangsa

SAIFUL AZLY

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 12 Pelaburan online yang digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pelaburan online itu adalah I Rakyat Trade, IQ Option, Global Investement, Wei Jian Zhi, Olymp Trade, AA Anthony, Global Trader, People Global Network dan Rakuten Trade, Wine Exchange China, GWFX Global serta Private Investment Trade Dubai (PITD).

"Sindiket menggunakan platform media sosial seperti Facebook, WeChat, Instagram dan WhatsApp untuk 'menjerat' mangsa menyertai 12 pelaburan online itu.


"Sindiket berkenaan menjanjikan pakej serta keuntungan yang lumayan seperti pulangan wang 13 kali ganda selain memperoleh untung dalam tempoh masa yang singkat," katanya kepada Sinar Harian.



Saiful Azly berkata, untuk rekod, satu kes pelaburan berkenaan dilaporkan mangsa mencatatkan kerugian tertinggi berjumlah RM7.4 juta.

"Statistik bagi kes tipu pelaburan online bagi tahun ini untuk tempoh Januari sehingga 1 Julai mencatatkan 329 kes dengan jumlah kerugian mencecah RM47.4 juta," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan testimoni kenyataan atau janji palsu yang ditawarkan untuk memperdaya mangsa.
"Usah melabur sekiranya trader online meminta anda untuk memasukkan wang ke akaun individu atau syarikat.
"Semak dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti semakmule, Alert List Bank Negara Malaysia, Security Commission dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum membuat keputusan untuk melabur," katanya.

-SH Online



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SINDIKET ~ Polis dedah 12 pelaburan online 'jerat' mangsa

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×