Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#COVID19 ~ Pakar penyakit berjangkit terkenal dunia pun disahkan positif

SEORANG pakar penyakit Berjangkit Terkenal Dunia disahkan positif Covid-19. Jumlah Jangkitan coronavirus dunia mencecah angka 400,000 pada hari rabu, peningkatan 100,000 jangkitan hanya dalam masa 4 hari.

"Jika ia (Covid-19) boleh menjangkiti saya, ia boleh menjangkiti sesiapa saja," kata Ian Lipkin, pengarah pusat jangkitan dan imunisasi Universiti Colombia, yang selama ini menjadi antara rujukan utama Amerika Syarikat berhubung penyakit berkenaan.

Ian Lipkin

Lipkin juga merupakan penasihat filem popular "Contagion" yang diterbitkan dalam tahun 2011, dibintangi oleh Gywneth Paltrow dan Matt Damon, mengisahkan tentang kisah virus pembunuh yang misteri.

Bercakap dengan wartawan Fox Business News, tentang penggunaan plasma darah dari pesakit yang telah sembuh untuk merawat individu yang terkena jangkitan, Lipkin menyifatkan pengalamannya sebagai "sengsara".

"Jika ia boleh menjangkiti saya ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja," katanya. 
"Saya tahu dari mana saya dijangkiti, namun ia tidak sama seperti yang dibuktikan. Tapi itu tidak penting. Virus ini boleh ditemui di seluruh Amerika Syarikat,"


Lipkin juga merupakan watak utama di dalam kajian-kajian saintifik terhadap virus West Nile dan Virus Korona, Sars. Beliau telah pergi ke China dalam bulan Januari untuk membincangkan langkah-langkah pencegahan untuk Covid-19.

Kini terdapat lebih 400 ribu kes jangkitan di seluruh dunia, dengan 100 ribu jangkitan baru bertambah hanya dalam masa 4 hari di samping peningkatan jumlah mendadak di Amerika Syarikat Sepanyol dan Itali.


Italy muncul sebagai negara paling banyak kematian di dunia akibat Covid-19 merekodkan kematian setakat ini berjumlah 6,820 dengan kes jangkitan 69,176.

Spanyol pula melaporkan 6,584 kes baru jangkitan menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 39,673 kes. Jumlah kematian juga meningkat daripada 514 kepada 2,696. Sejumlah 14 peratus jangkitan di Sepanyol terdiri daripada golongan kakitangan perubatan profesional.

Selain Lipkin, Neil Ferguson seorang epidemiologist di Imperial College London individu yang mengusahakan trend model jangkitan turut disahkan positif Covid-19.

Menurut Ben Cowling, seorang professor epidemiologi di Fakulti Perubatan, Universiti Hong Kong menjadi seorang pakar jangkitan tidak mengurangkan risiko untuk anda dijangkiti.

"Sesiapa sahaja di kalangan kita berpotensi untuk dijangkiti," kata Cowlin.
"Saya fikir risikonya sama sahaja dengan orang lain, bergantung kepada lokasi. Ramai orang telah dijangkiti di London dan New York," tambahnya.


Sumber — https://www.milosuam.net


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#COVID19 ~ Pakar penyakit berjangkit terkenal dunia pun disahkan positif

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×