Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KERAJAAN PN ~ Muhyiddin serah senarai jemaah menteri baharu pagi ini

Kenderaan rasmi yang membawa PM dilihat tiba di Istana Negara pagi ini

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin, 72, dilihat tiba di Istana Negara pada 10.47 pagi melalui Pintu Utama.



Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri hari ini, pada 5 petang, di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: #KERAJAAN PN ~ MUHYIDDIN UMUM KABINET 5 PETANG INI?


Pada 29 Februari, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.


Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, selepas Seri Paduka berpandangan Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, selepas hampir seminggu krisis politik negara berlaku.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 1 Mac.-myMetro

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KERAJAAN PN ~ Muhyiddin serah senarai jemaah menteri baharu pagi ini

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×