Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#POLITIK ~ PH lari daripada prinsip asal - Dr Agus Yusuf

Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusuf

SHAH ALAM - PH dilihat lari Daripada Prinsip Asal apabila ada di antara parti kompenan gabungan itu menerima sebilangan bekas Pemimpin Umno sebagai ahli mereka.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, sebelum ini, PH menjelaskan bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana pemimpin Umno kerana mahukan suara pembangkang yang kuat di negara ini.

Namun begitu, beliau berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila ada di antara kompenan PH menerima bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti Melayu itu sejak kebelakangan ini.

"Sebelum ini, PH kata tak nak terima pemimpin Umno kerana mahu pembangkang yang kuat namun jika ikut cara sekarang seperti mereka tak mahukan pembangkang itu kuat.

"Pada saya ini sudah lari daripada prinsip asal mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Agus berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan di mana sebilangan pemimpin Umno bertindak untuk meninggalkan parti itu, malah ada di antara mereka turut mengumumkan menyertai parti kompenan PH.

Selain itu, difahamkan 10 lagi Ahli Parlimen parti itu dijangka akan keluar sekiranya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan untuk melepaskan jawatannya dalam tempoh 10 hari.

Mengulas lanjut, Agus berkata, tindakan kompenan PH menerima ahli Umno bakal memberi kesan besar terhadap politik negara serta dapat mengoncangkan perpaduan di dalam gabungan itu sendiri.

"Malah, pihak di luar pula melihat pemimpin Umno ini hanya mencari keuntungan dan meninggalkan perjuangan parti apabila tidak lagi berkuasa," katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan keluar parti ini merupakan langkah bagi menggesa Ahmad Zahid melepaskan jawatannya, Agus berkata, terdapat beberapa saluran atau kaedah lain yang boleh digunapakai bagi menuntut pihak berkenaan berundur.

Menurut beliau, Ahmad Zahid telah dilantik secara sah sebelum ini dan pengunduran beliau juga perlu dilakukan mengikut lunas undang-undang yang betul tanpa perlu mana-mana pihak meninggalkan parti.

"Ikut lunas undang-undang sedia ada contohnya dengan mengadakan mesyuarat khas, atau pun menggesa Majlis Tertinggi (MT) memecat beliau, atau dengan mengadakan semula Perhimpunan Agung Umno (PAU).

"Ada banyak langkah untuk buat proses itu dan bukannya dengan meninggalkan parti," katanya.-SH

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#POLITIK ~ PH lari daripada prinsip asal - Dr Agus Yusuf

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×