Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#INFO SIHAT ~ Diabetes: Kawal pemakanan & gula darah

Jadikan pengambilan makanan harian mengikut konsep – suku separuh. Suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat, suku pinggan dengan sumber protein dan separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

DIABETES adalah penyakit yang tidak akan sembuh atau hilang dengan sendirinya. Penyakit ini boleh dikawal daripada menjadi lebih kronik dan mengelak daripada mendapat komplikasi akibat penyakit ini. Salah satunya adalah melalui kawalan diet dan pemakanan.

Mengawal pengambilan makanan adalah rawatan penting di dalam pengurusan penyakit diabetes. Pesakit biasanya akan dirujuk kepada pakar pemakanan untuk memastikan pengawalan gula darah lebih baik dan terkawal melalui diet.

Usah takut dengan omongan akan kehilangan anggota badan yang akan dipotong jika menghidap diabetes. Risiko amputasi dapat dikurangkan sekiranya pesakit mengawal gula darah dengan baik melalui seliaan pegawai dietetik dan doktor.

Pesakit diabetes dapat hidup secara normal seperti orang lain apabila gula darah berada di paras yang selamat. Pemakanan sihat dan seimbang dapat mencegah kegemukan termasuk penyakit Non-Communicative Disease (NCD) seperti jantung, diabetes dan kanser.

Untuk membantu pesakit diabetes terus sihat dan mendapat terapi nutrisi yang betul, Pegawai Dietetik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Ruqayyah Muhammad, sudi berkongsi dengan pembaca Sihat.Aktif.

Menurut Ruqayyah, Diabetes Melitus adalah salah satu penyakit yang semakin menunjukkan peningkatannya sejak beberapa tahun ini. Sekitar 2.5 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit ini dan bilangan mereka semakin meningkat.

Penyakit ini dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana penghidapnya tidak mempunyai simptom yang jelas sehingga pesakit mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, serangan jantung dan strok, mata menjadi kabur atau buta malah ada kalanya gangren pada anggota kaki dan tangan sehingga menyebabkan amputasi.

“Penyumbang kepada penyakit ini adalah masalah berlebihan berat badan hingga menyebabkan obesiti, kurang bersenam, pengambilan makanan yang melebihi keperluan harian, tinggi kandungan gula dan karbohidrat dan pengambilan serat yang kurang di dalam diet harian.
“Walaupun diabetes tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dikawal melalui pemakanan yang seimbang dan sihat, di samping pengambilan ubat atau insulin mengikut jadual,” katanya.

Carta diet Pesakit Diabetes

1. Waktu makan teratur

Pesakit perlu mematuhi amalan waktu makan yang teratur. Meninggalkan satu waktu makan akan menyebabkan pengambilan makanan secara berlebihan pada waktu makan seterusnya.

2. Seimbangkan pengambilan karbohidrat:

Ia boleh diambil di dalam 8-12 pertukaran sehari. Tetapi ia perlu dipecahkan kepada beberapa hidangan sehari. Sekiranya waktu makan dibahagikan kepada 3 yang utama dan satu snek, bahagikan jumlah karbohidrat agar lebih seimbang.

Sebagai contoh, sekiranya keperluan harian adalah 10 pertukaran di dalam sehari, ambil 3 pertukaran untuk setiap tiga kali waktu makan dan 1 pertukaran untuk snek. Mengambil karbohidrat dalam jumlah yang banyak pada satu masa akan meningkatkan kadar gula darah.

3. Makan Ikut Konsep ‘Suku - Suku, Separuh’

Jadikan pengambilan makanan harian mengikut konsep – suku separuh. Suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti bijirin, nasi, mi, bihun dan sebagainya. Suku pinggan dengan sumber protein, ikan, ayam atau daging dan separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna dan jenis di dalam hidangan sehari. Pengambilan diet yang seimbang akan memastikan gula darah lebih stabil dan terkawal. Serat di dalam sayur dan buah-buahan akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengurangkan pengambilan makanan yang kerap di antara waktu makan.

4. Banyakkan serat sayur-sayuran dan buah-buahan

Serat daripada buah dan sayur akan memberikan rasa kenyang lebih cepat dan melambatkan rasa lapar. Serat juga membantu gula darah lebih terkawal. Sayuran berdaun hijau atau ulam boleh diambil sekurangnya ½ cawan untuk setiap kali makan.

Namun begitu, hadkan pengambilan buah sebanyak dua hidangan sehari. Sebagai contoh buah dokong diambil enam biji sahaja untuk satu waktu makan. Pengambilan lebih dan tidak terkawal daripada sumber bijirin, buah-buahan dan gula ringkas boleh sebabkan gula darah tidak terkawal dengan baik.Contoh pertukaran (exchange) karbohidrat:

JENIS MAKANAN                                   SUKATAN

Nasi/mihun/kueyteow                                              1/2 cawan kecil

Idli                                                                          1 keping

Roti putih/mil penuh                                                 1 keping

Oat mentah                                                             3 sudu makan

Biskut cream cracker                                              3 keping

Kentang                                                                 1 ketul (45g)

Susu tepung                                                            4 sudu makan

Pesakit dengan kalori 1600kcal sehari, boleh mengambil sebanyak 10 pertukaran karbohidrat yang dibahagikan kepada 3 waktu makan dan 1 snek.

Sarapan: 3 pertukaran karbohidrat = 1 1/2 cawan nasi

Makan tengah hari: 3 pertukaran karbohidrat = 1 1/2 cawan nasi

Minum petang: 1 pertukaran karbohidrat = 1 keping roti atau 3 keping biskut

Makan malam: 3 pertukaran karbohidrat = 1 1/2 cawan nasi

Supplement juga mampu membantu pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko lebih teruk

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#INFO SIHAT ~ Diabetes: Kawal pemakanan & gula darah

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×