Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KONTROVERSI ~ Kenapa kabinet campur tangan kuasa syariah negeri


PAS menyeru kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) memberi peluang kepada negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah tidak wajar bagi Kabinet mempersoalkan dan mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

“PAS kesal terhadap kenyataan Kabinet yang jelas mempertikaikan bidang kuasa mahkamah syariah negeri yang berada di luar bidang kuasa kerajaan pusat,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau merujuk kenyataan kerajaan yang berpendapat hukuman sebat di khalayak ramai terhadap dua wanita kerana kesalahan melakukan hubungan seks luar tabie oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan, malah memberi gambaran buruk terhadap Islam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kabinet memilih supaya jika berlaku kes seumpama itu, pertimbangan perlu diberi mengikut keadaan tertentu kerana dalam Islam dibolehkan menjatuhkan hukuman lebih ringan sementara nasihat diberikan kepada pesalah.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pesalah telah mengaku salah dan sedia dihukum sebagai tanda kesal di atas kesalahannya dan diberi peluang untuk membuat rayuan dan mahkamah sedia menimbang rayuannya.

“Mereka tidak merayu dan sedia menerima hukuman. Hukuman sebat syariah jauh lebih ringan daripada hukuman rotan mahkamah sivil.
“Tindakan melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai adalah selaras dengan perintah Allah.
“Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan?” katanya.

Tuan Ibrahim berkata hukuman ke atas pesalah tidak langsung menyakiti, mencederakan tetapi sekadar memalukan supaya mereka bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya.

Katanya, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman adalah amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama.

“Mendukacitakan apabila semua pihak mensensasikan dan fokus kepada hukuman sebat bukannya kebimbangan terhadap perbuatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin berleluasa dan satu kesalahan jenayah,” katanya.-myMetro

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KONTROVERSI ~ Kenapa kabinet campur tangan kuasa syariah negeri

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×